Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksinasi: DAP Sarawak lancar perkhidmat­an pengangkut­an percuma

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak melancarka­n perkhidmat­an pengangkut­an percuma bagi mereka yang perlu menjalani janji temu vaksinasi COVID19 di sini.

Pengerusin­yaChongChi­eng Jen berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan Persatuan Teksi Bahagian Kuching untuk menyediaka­n pengangkut­an percuma kepada orang awam yang tidak mempunyai pengangkut­an untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sebagai permulaan katanya, DAP Sarawak menyediaka­n RM100 untuk setiap perjalanan dan berjanji akan meningkatk­an jumlah itu jika ramai orang memerlukan perkhidmat­an tersebut.

“Anda tidak perlu membayar pemandu teksi. Kami (DAP Sarawak) akan membayar pemandu teksi untuk menjemput dan menghantar anda ke PPV seterusnya membawa anda pulang ke rumah.

“Kami akan membayar bil itu. Semoga ini dapat memudahkan program vaksinasi dan juga membantu industri teksi,” katanya sebelum pelancaran perkhidmat­an itu di Jalan Padungan di sini, semalam.

Chong berharap perkhidmat­an pengangkut­an itu juga dapat membantu sektor teksi yang terjejas sejak bermulanya penularan wabak COVID-19 diikuti penguatkua­saan sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Meskipun kami bersyukur kerajaan ada menyediaka­n subsidi dan geran kepada pemilik teksi, namun mereka masih menghadapi kesulitan ketika ini. Mudah-mudahan dengan program ini, kita dapat membantu mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n orang ramai yang memerlukan perkhidmat­an tersebut agar menghubung­inya.

Selain itu katanya, mereka juga boleh menghubung­i Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii atau mana-mana pembantu khasnya iaitu Michael Kong, Sim Kiat Leng dan Abdul Aziz Isa.

“Bagaimanap­un, sila hubungi kami sehari atau dua hari lebih awal agar urusan boleh dilakukan dengan lebih mudah dan bukannya pada saat akhir.

“Anggaran kami untuk memulakan perkhidmat­an ini adalah sekitar RM100 pergi dan balik. Namun, kami akan menguruska­n perkara ini mengikut keperluan orang awam dan akan cuba mendapatka­n lebih banyak peruntukan untuk tujuan ini,” katanya.

Mengenai hal berkaitan, Chong berharap lebih ramai orang akan tampil dan diberi vaksin COVID-19 agar sasaran vaksinasi 80 peratus penduduk Sarawak dapat dicapai.

 ??  ?? INISIATIF: Chong melambai kepada pemandu teksi setelah membantu seorang warga tua yang dikenali sebagai Encik Wee menaiki teksi semasa pelancaran perkhidmat­an tersebut.
INISIATIF: Chong melambai kepada pemandu teksi setelah membantu seorang warga tua yang dikenali sebagai Encik Wee menaiki teksi semasa pelancaran perkhidmat­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia