Utusan Borneo (Sarawak)

Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu berusaha buka lebih banyak PPV

-

SIBU: Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu berusaha membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terutama di kawasan Selangau.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun berkata, ini bagi memudahkan penduduk mendapatka­n vaksin COVID-19 sekali gus meningkatk­an kadar pemberian vaksin di daerah itu.

Katanya, keputusan menambah PPV baharu itu dilakukan setelah mengambil kira faktor geografi serta kawasan Selangau yang sangat luas.

“Selain itu, ia juga bagi memudahkan penduduk khususnya di kawasan luar bandar datang ke PPV bagi mendapatka­n vaksin.

“Kita masih mengenal pasti lokasi sesuai bagi memudahkan penduduk mendapatka­n vaksin dan lebihramai­terbukamen­daftar untuk divaksinka­n,” katanya semasa dihubungi semalam.

Ketika ini, suntikan vaksin dilakukan di PPV Dewan Serba Guna Selangau terletak di kawasan bandar.

Keadaan itu memberi kesan kepada penduduk luar bandar terutama mereka yang tidak mempunyai akses jalan raya.

“Selain merancang membuka PPV baharu, kita juga menubuhkan sebuah Unit Bergerak Pemberian Vaksin bagi memudahkan orang ramai tinggal di luar bandar khususnya kalangan warga emas,” jelasnya.

Dr Teh berkata, seramai 1,600 individu menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan 800 dos kedua pada Ahad dan Isnin lalu di PPV Serba Guna Selangau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang mencadangk­an supaya PPV dibuka di Dewan Serba Guna Sekuau, Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Hulu Balingian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasai Siong Hilir.

Katanya, cadangan memilih kawasan itu memandangk­an lokasinya mempunyai penempatan dan bilangan penduduk sangat ramai.

Isnin lalu, PPV di Dewan Serba Guna Selangau dibuka sehingga malam kerana ramai penduduk datang mendapatka­n suntikan vaksin.

“Purata sehari bilangan penduduk berkunjung ke PPV Selangau ialah kira-kira 1,000 hingga 1,200 orang.

“Jadi, saya berharap bilangan PPV di kawasan Selangau dapat ditambah selain jumlah petugas KKM turut dipertingk­at,” katanya di sini semalam.

 ??  ?? DR TEH
DR TEH
 ??  ?? GIRA
GIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia