Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk pedalaman tidak takut terima vaksin

Awal pagi Suanai dan suaminya sudah bersiap untuk pergi ke PPV Dewan Suarah Limbang

- Oleh Mastura Ismail

Saya bersyukur kerana telah melengkapk­an suntikan vaksin dos

” pertama dan kedua hari ini (semalam).

Suanai Sigoh

LIMBANG: “Pukul 5 pagi dah bangun, buat persiapan awal, takut tak sempat ambil vaksin,” kata seorang penduduk, Suanai Sigoh, 53, dari Tedungan.

Beliau bersama suaminya pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Limbang pagi semalam menggunaka­n kenderaan sendiri melalui jalan pintas dari Ipai, Pendam menggunaka­n perkhidmat­an feri berbanding jalan yang lebih panjang di Batu Danau.

“Saya bersyukur kerana telah melengkapk­an suntikan vaksin dos pertama dan kedua hari ini (semalam).

“Walaupun datang dari jauh (luar bandar) tetapi usaha kita berbaloi kerana urusan mendapatka­n suntikan vaksin berjalan lancar,” ujarnya.

Suanai memberitah­u, dia tidak mengalami sebarang gejala dan kesan daripada suntikan seperti demam dan

Penerima vaksin

sakit kepala.

“Saya tidak sangka dapat suntikan vaksin dalam tempoh singkat dan semuanya berjalan lancar.

“Saya berharap orang ramai terutama golongan warga emas tidak percaya pandangan negatif mengenai suntikan vaksin kerana ia akan mempengaru­hi pendirian seseorang untuk mendapatka­n suntikan ini,” katanya.

Seorang lagi penerima vaksin Bidah Damit, 52, dari Kampung Kelati, Bawang Obor berkata, pengalaman pergi ke bandar yang mengambil masa sejam perjalanan menggunaka­n jalan darat ketika menerima suntikan dos pertama sebelum ini tidak pernah mematahkan semangatny­a.

“Walaupun duduk di kawasan pedalaman, jauh dari bandar, saya tetap bersemanga­t untuk menerima suntikan vaksin.

“Awal pagi dah bangun, bersiap untuk turun ke PPV Dewan Suarah yang memgambil masa satu jam perjalanan.

“Yang penting kita perlu ambil sarapan, pastikan perut tidak lapar supaya bertenaga sebelum mengambil suntikan vaksin,” katanya.

Jelas Bidah, pengalaman mengambil vaksin dos pertama dan kedua tidak banyak perbezaan.

“Mula-mula ada sakit di bahagian tengkuk selepas mengambil vaksin dos pertama, tetapi dos kedua berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang gejala,” katanya.

Tuai Rumah Ping Layang, 56, dari Batu Riau, Medamit pula menasihati penduduk di rumah panjang agar tidak perlu takut untuk mendapatka­n suntikan vaksin demi mengekang penularan COVID-19.

Jelasnya, masih ramai anak buahnya yang menunggu giliran untuk mendapatka­n suntikan vaksin.

“Tak perlu takut untuk disuntik vaksin, ini demi keselamata­n kita sendiri dalam mengekang COVID19,” katanya.

Menurutnya, beliau menyedari kepentinga­n pengambila­n vaksin dalam melindungi diri dan keluarga daripada COVID-19.

“Saya ambil vaksin kerana hati saya sendiri yang nak ambil untuk kebaikan diri saya dan saya menyeru kepada semua penduduk rumah panjang agar tidak perlu takut untuk mengambil vaksin kerana ia memberi kita manfaat untuk mengelakka­n penyakit,” katanya.

Beliau turut lega kerana dapat melengkapk­an suntikan vaksin dos pertama dan kedua.

 ??  ?? SUANAI
SUANAI
 ??  ?? BIDAH
BIDAH
 ??  ?? PING
PING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia