Utusan Borneo (Sarawak)

400 penduduk di kawasan Telang Usan terima suntikan vaksin

-

MIRI: Seramai 400 penduduk di kawasan Telang Usan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac di kedua-dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan (KK) Long San dan KK Long Bedian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, mereka adalah kumpulan pertama menerima vaksin itu sepanjang program bermula 12 hingga 16 Jun ini.

Beliau berkata, pembukaan kedua-dua PPV ini memberi kelegaan kepada penduduk kerana tidak perlu pergi ke PPV KK Long Lama.

“Sebelum ini, penduduk perlu berbelanja kira-kira RM300 untuk pengangkut­an pergi dan balik mendapatka­n vaksin.

“Justeru, saya amat menghargai usaha Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan negeri membuka PPV di Long San dan Long Bedian. Saya berharap lebih banyak PPV dibuka di kawasan lain di Hulu Baram pada masa terdekat,” katanya.

Dennis berkata demikian selepas meninjau program vaksinasi di KK Long San, kira-kira empat jam perjalanan melalui jalan balak dari Miri, pada lalu.

Sebelum ini, penduduk mendapatka­n vaksin mereka di PPV Klinik Long Lama.

Sementara itu, pemberian pertama suntikan vaksin mendapat maklum balas yang baik daripada penduduk luar bandar di Hulu Baram.

Seramai 100 penduduk masing-masing 50 orang dari kawasan Long San dan Long Bedian menerima dos pertama mereka di PPV KK Long San dan KK Long Bedian.

Dennis berkata, kedua-dua klinik tersebut merupakan PPV jenis Sinovac.

“Buat masa ini, jumlah penerima dihadkan bagi memastikan program vaksinasi ini berjalan lancar. Pada mulanya saya bimbang dengan maklum balas daripada penduduk yang tidak mahu menerima vaksin kerana takut dan mendapat pelbagai maklumat kurang tepat,” jelasnya.

Namun, katanya dengan komitmen semua pihak terutama pegawai kesihatan, mereka memberikan kerjasama untuk menerima vaksin ini.

Dennis berterima kasih kepada semua pasukan terutama KKM, polis, RELA dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) memastikan program itu berjalan lancar.

Hadir sama Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai.

 ??  ?? BAGUS: Dennis (tiga kanan), Baru (tiga kiri) menunjukka­n tanda bagus semasa meninjau program vaksinasi di PPV Klinik Kesihatan Long San, Sabtu lalu.
BAGUS: Dennis (tiga kanan), Baru (tiga kiri) menunjukka­n tanda bagus semasa meninjau program vaksinasi di PPV Klinik Kesihatan Long San, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia