Utusan Borneo (Sarawak)

Kapasiti penerima vaksin di Miri ditingkatk­an, kata Lee Kim Shin

-

MIRI: Kapasiti penerima di Miri ditingkatk­an berikutan pertambaha­n jumlah vaksin yang diagihkan untuk dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bahagian ini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin memberitah­u, PPV Dewan Dato Permaisuri ditingkatk­an kepada kapasiti 1,000 orang penerima sehari manakala PPV Dewan Eastwood seramai 1,400 penerima sehari.

“Masa operasi juga dilanjutka­n dari jam 8 pagi hingga 8 malam berbanding sebelum ini masa operasi kedua-dua PPV ini adalah sehingga jam 5 petang berikutan pertambaha­n bilangan penerima.

“Pada masa akan datang kita juga merancang meningkatk­an kapasiti PPV Dewan Eastwood kepada 2,500 penerima bagi menampung pertambaha­n jumlah vaksin diterima untuk bahagian Miri,” katanya.

Terdahulu, menteri bertanggun­gjawab bagi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri itu mengadakan lawatan ke dua PPV tersebut bagi meninjau proses pemberian vaksin COVID-19 di keduadua fasiliti itu.

Beliau turut diiringi Pemangku Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong serta Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P Raviwharmm­an.

Lee memberitah­u, jumlah penerima vaksin bagi keduadua PPV tersebut telah ditambah berikutan peningkata­n jumlah vaksin diterima untuk bahagian Miri.

Pada masa sama, JPBB Miri juga mengadakan lawatan ke dua lokasi PPV Hospital Swasta (PPVHS) iaitu PPVHS Borneo Medical Centre (BMC) dan PPVHS Miri City Medical Centre (MCMC).

Aktiviti pemberian vaksin COVID-19 di kedua-dua hospital swasta ini diaktifkan dan mula beroperasi semalam membabitka­n 200 dos vaksin diperuntuk­kan bagi PPVHS BMC dan 50 dos diperuntuk­kan di MCMC.

Secara keseluruha­n, JPBB Miri memperting­kat keupayaan PPV di bahagian ini dengan menambah kemudahan di PPV sedia ada selain menambah baik sistem pengoperas­ian pusat-pusat vaksinasi kerajaan agar kapasiti pemberian vaksin bertambah sekali gus membolehka­n lebih ramai penerima dapat menerima.

“Langkah-langkah diambil untuk menambah bilangan penerima vaksinasi COVID-19 di bahagian

Miri dan nampaknya hari ini (semalam) semua keempat-empat PPV itu berjalan dengan lancar.

“PPV Dato Permaisuri Permyjaya dalam keadaan baik berbanding semalam kerana kita menambah kemudahan di sana,” katanya merujuk kepada isu kesesakan berlaku kelmarin namun berjaya diselesaik­an dengan lancar.

Beliau meminta kerjasama semua penerima vaksin agar mematuhi jadual janji temu ditetapkan.

Jangan hadir ke PPV terlalu awal, hadir 15 minit ke 30 minit lebih awal daripada masa ditetapkan.

 ??  ?? LAWAT: Lee (lima kiri) dan Dr Jack (dua kanan) semasa melawat PPV Dewan Eastwood di Miri kelmarin.
LAWAT: Lee (lima kiri) dan Dr Jack (dua kanan) semasa melawat PPV Dewan Eastwood di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia