Utusan Borneo (Sarawak)

Benarkan pelanggan makan dalam premis dengan SOP ketat

Para pengusaha mengeluh jualan menurun sehingga 90 peratus apabila larangan ‘dine-in’ dikuatkuas­akan

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Peniaga restoran termasuk kedai makan dan minuman memohon supaya kerajaan membenarka­n semula pelanggan makan di dalam premis dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati ratarata pengusaha yang ditemui mengeluh selepas pelanggan semakin berkuranga­n menyebabka­n jualan

Pemilik Pinang Bistro

menurun sehingga 90 peratus apabila larangan ‘dine-in’ (makan dalam premis) dikuatkuas­akan.

Malah ada yang meluahkan rasa kebimbanga­n mengenai risiko ‘gulung tikar’ yang terpaksa dihadapi sekiranya larangan itu dilaksanak­an secara berterusan akibat penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sejak 29 Mei lalu.

Berdasarka­n SOP PKP di Sarawak, premis hanya dibenarkan beroperasi untuk perkhidmat­an bawa pulang, pandu lalu atau penghantar­an sahaja.

Menurut pemilik restoran Pinang Bistro di Kota Samarahan, Mohd Nurhakim Mohd Hashim, 32, hasil jualannya merosot sebanyak 70 peratus pada hari pertama PKP.

Majoriti pelanggann­ya pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi serta kakitangan swasta yang bekerja di kawasan berhampira­n.

“Bila PKP, ada dalam kalangan pelanggan saya yang tempat kerjanya ditutup.

Bila PKP, ada dalam kalangan pelanggan saya yang tempat kerjanya ditutup. Jadi, mereka tidak datang dan kalau mereka yang berkeluarg­a pula, mereka tidak akan makan lagi di kedai, sebab ketika ini hanya dibenarkan untuk

” buat pesanan bungkus sahaja.

Mohd Nurhakim Mohd Hashim

Jadi, mereka tidak datang dan kalau mereka yang berkeluarg­a pula, mereka tidak akan makan lagi di kedai, sebab ketika ini hanya dibenarkan untuk buat pesanan bungkus sahaja.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, tidak ada orang datangbeli­makananbun­gkus, kami terpaksa kurangkan kuantiti lauk untuk dimasak lebih separuh,” katanya.

Beliau yang mempunyai enam pekerja tidak menolak kemungkina­n akan menutup kedainya jika perniagaan terus kurang mendapat sambutan.

“Saya berharap sangat keadaan COVID-19 cepat pulih, kami tidak sanggup berdepan keadaan tidak menentu macam ini,” katanya.

Seorang pengusaha bersama kedai makanan dan minuman di Tok Idi’s Kitchen, Wan Mohd Hafizzudin, 22, turut memaklumka­n bahawa jualan perniagaan­nya merosot.

Bahkan katanya, suasana di sekitar kawasan perniagaan tidak lagi sama yang sebelum ini dipenuhi pelanggan yang beratur untuk membeli makanan namun kini keadaannya lengang.

“Kalau sebelum PKP jualan makanan dan minuman kami boleh mencecah sehingga RM800 untuk sehari, namun kini ia menurun kepada sekurang-kurangnya antara RM300 hingga RM400,” ujarnya.

Terkenal dengan hidangan nasi lemak sambal nanas dan pearl milk tea creme brûlée, Wan mengambil pendekatan mengaktifk­an perniagaan dalam talian dan membuat khidmat penghantar­an makanan dari rumah ke rumah.

“Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat membantu menambah pendapatan dan memastikan perniagaan bertahan,” katanya yang mempunyai kedai makanan dan minuman di Matang dan Samarahan.

Seorang peniaga gerai makanan mi sapi di Satok, Zunnur Romainoor, 35, berkata, larangan ‘dine-in’ dalam tempoh PKP sangat memberi kesan kepada pendapatan­nya.

Menurutnya, jualan makanan di gerainya iaitu ‘MiCapi’ merosot sehingga 90 peratus selepas kerajaan menetapkan larangan ‘dine-in’.

“Saya faham larangan ini untuk memastikan keselamata­n rakyat tetapi sekiranya keadaan ini berterusan ia akan menjejaska­n kehidupan terutama mereka yang mengharapk­an pendapatan harian. Justeru, kami mohon agar kerajaan memberi pertimbang­an untuk membenarka­n pelanggan makan di premis,” katanya.

Beliau yang memulakan perniagaan tahun ini, mengakui pelanggan lebih selesa makan di dalam premis, oleh itu berharap larangan ‘dine-in’ tidak dilaksanak­an secara berterusan.

 ??  ?? BUNGKUS: Mohd Nurhakim membuat persiapan membungkus makanan untuk dibawa pelanggan.
BUNGKUS: Mohd Nurhakim membuat persiapan membungkus makanan untuk dibawa pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia