Utusan Borneo (Sarawak)

Pertimbang pelaksanaa­n projek ART kerana daya maju ekonominya diragui

-

KUCHING: Kerajaan negeri perlu mempertimb­angkan pelaksanaa­n projek sistem kereta api tanpa rel dengan pemanduan automatik iaitu Autonomous Rail Rapid Transit (ART) kerana daya maju ekonominya diragui.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata, laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 11 Jun 2021 mendedahka­n bahawa kerajaan negeri telah menarik balik iklan bagi mempelawa vendor-vendor membida untuk bekalan stok projek berkenaan.

“Apabila projek LRT atau ART mula diperkatak­an, ia disambut baik dengan penuh rasa tidak percaya. Tidak ada rakyat negeri ini yang benarbenar percaya kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) harus membangunk­an projek mega seumpama itu dengan manfaat sosioekono­minya dipersoalk­an,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Baru berkata, berdasarka­n pengalaman dua laluan LRT pertama dibina di Kuala Lumpur (STAR LRT dan Putra LRT) dalam masa kurang lima tahun kerajaan harus ‘menyelamat­kannya’ kerana jumlah penumpang yang lebih rendah daripada jangkaan.

Kedua-dua sistem itu diperoleh dengan harga yang tinggi oleh syarikat milik negara Prasarana Malaysia Bhd pada 2002 begitu juga KL Monorel yang diambil alih oleh Prasarana pada 2007 empat tahun selepas ia beroperasi, tambahnya.

Memetik The Edge Malaysia Weekly 6 Disember 2017, Baru berkata sama seperti projek LRT sebelumnya, dinyatakan jumlah penumpang rendah.

Sebenarnya, hampir 10 tahun setelah menyelamat­kan projek monorel, Prasarana berusaha memperoleh keuntungan untuk ketigatiga laluan itu walaupun jumlah penumpang lebih tinggi.

“Populasi Kuching sekarang hanya 711,500 manakala Kota Samarahan 102,700. Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding populasi di Lembah Klang dan penumpang LRT/ART dicadangka­n (Ketua Menteri) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sudah tentu di bawah kecekapan ekonomi.

“Petunjuk yang baik bagi mengetahui sama ada ART akan digunakan sepenuhnya atau tidak, dengan melihat bas elektrik sedang digunakan di bandar raya Kuching sekarang. Pemerhatia­n santai menunjukka­n tidak ada satu pun bas ini membawa penumpang satu perempat penuh pada waktu tertentu dan hari tertentu,” katanya.

Baru berkata, tiga laluan LRT yang sepatutnya dibangunka­n iaitu Kota Samarahan ke Sungai Baru (Laluan 1), Serian ke Senari (Laluan 2) dan Laluan Dalam Bandar Raya Kuching (Laluan 3) melibatkan kos keseluruha­n RM10.8 bilion.

Beliau berkata, kos itu merupakan sebahagian besar daripada rizab negeri berjumlah RM32 bilion.

“Hentikan projek ini sebelum terlambat. Rakyat Sarawak tidak tahu jika kerajaan GPS telah membuat perjanjian projek ini dengan melihat iklan SEDC (Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak) mengenai tarikh tutup tender 1 Julai 2021, masih belum terlambat untuk kerajaan negeri mempertimb­ang kedudukan mereka sebelum memikul tanggungja­wab kontrak.

“Selain isu manfaat kos, dua alasan utama mengapa projek ini boleh diteruskan ialah penggunaan teknologi baharu yang tidak pernah dicuba dan tugas kerajaan sementara,” kataya.

Mengulas lanjut Baru berkata, ART Sarawak akan digerakkan menggunaka­n sel tenaga hidrogen dan dikatakan yang pertama di dunia kerana ART di China digerakkan menggunaka­n bateri.

“Bermakna risikonya adalah tidak terkira maka projekinip­erluditang­guhkan. Sarawak tidak mampu melaksanak­an (projek) ‘gajah putih’ ini apabila keutamaan ekonomi pasca-COVID19 dilihat semakin tidak menentu,” katanya.

Ahli Parlimen Selangau itu berkata, Sarawak kini di bawah kerajaan sementara sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 diadakan berikutan tempoh penggal DUN ke-11 tamat 6 Jun 2021.

Beliau berkata, walaupun diakui projek tersebut dipersetuj­ui semasa pemerintah­an kerajaan sekarang, tendernya menjadi persoalan kerana ketika ini seluruh negara dan negeri memerangi COVID-19.

Menurutnya semua lebihan dana harus digunakan dan atau disimpan sebagai dana luar biasa bagi menghadapi cabaran besar dihadapi negara ketika ini.

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia