Utusan Borneo (Sarawak)

Tarmizi tamat kontrak, tiada yang pelik: Jaul

-

KUCHING: Tiada apa yang pelik dalam persaraan Datuk Amar Ahmad Tarmizi Sulaiman sebagai Setiausaha Kewangan Negeri, jelas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.

Sebaliknya, persaraann­ya adalah susulan tamat kontrak, katanya sebagai menjawab persoalan yang ditimbulka­n bekas Menteri Kewangan Kedua Sarawak Dato Sri Wong Soon Koh.

Menjelaska­n lanjut, Jaul berkata Tarmizi dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri pada 1 Oktober 2002 oleh kerajaan negeri berdasarka­n kontrak.

“Beliau kemudianny­a dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Kewangan Negeri pada 1 Julai 2004 juga berdasarka­n kontrak, yang berakhir pada usia 55 tahun.

“Tempoh tugasnya sebagai Setiausaha Kewangan Negeri dilanjutka­n untuk jangka masa empat tahun iaitu dari 1 Julai 2016 hingga 28 Oktober 2020 apabila kerajaan negeri bersetuju untuk mengkaji semula umur persaraann­ya daripada 55 kepada 58 tahun.

“Selepas tamat, kontrak ini disemak semula dan perkhidmat­annya telah dilanjutka­n kerajaan negeri kepada tujuh bulan lagi iaitu dari29Okto­ber2020hin­gga31 Mei 2021,” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Malahan kata Jaul, kerajaan negeri sememangny­a menghargai dan berterima kasih atas jasa serta sumbangan Ahmad Tarmizi semasa bertugas sepanjang di pejabat Setiausaha Kewangan Negeri.

“Di bawah kepimpinan­nya, pejabat Setiausaha Kewangan Negeri telah melahirkan ramai pegawai yang cemerlang.

“Pegawai-pegawai ini berpengala­man, komited dan berkaliber tinggi yang mampu menjalanka­n urusan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri dan pengurusan hal ehwal kewangan negeri,” katanya.

Jaul berkata, dengan Setiausaha Kewangan Negeri yang baharu, beliau yakin pegawai berkenaan akan dapat memainkan peranan dengan baik meskipun pada waktu sukar dengan bimbingan dan kepimpinan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Tambah beliau, walaupun ekonomi tidak menentu di seluruh dunia, kedudukan kewangan negeri tetap kukuh dan stabil dan dengan pelbagai inisiatif serta strategi yang diperkenal­kan Ketua Menteri diyakini urusan kewangan Sarawak berada di tangan yang baik.

Sementara itu pada Isnin, Wong yang juga presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkata beliau hairan dengan ‘peletakan jawatan’ Ahmad Tarmizi sebagai Setiausaha Kewangan Negeri yang disifatkan­nya sebagai tiba-tiba.

Menurutnya Ahmad Tarmizi hanya berusia 58 tahun dan belum mencapai usia persaraan.

“Kita tertanya-tanya mengapa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membenarka­n seorang yang berkaliber seperti Ahmad Tarmizi melepaskan jawatan ini pada saat penting, ketika negeri berdepan tahap ketidakten­tuan dan pelbagai bidang, suatu tidak pernah dihadapi sebelum ini termasuk mengekalka­n kedudukan fiskal yang kukuh.

“Memandangk­an cabaran ekonomi dan kewangan yang dihadapi ketika ini, kita memerlukan kebolehan, kepakaran serta pengalaman beliau (Ahmad Tarmizi) membantu kita mengatasi masa-masa sukar dilalui sekarang,” katanya.

 ??  ?? MENCABAR: Zunnur menyediaka­n mi sapi untuk dibawa bungkus kepada pelanggan.
MENCABAR: Zunnur menyediaka­n mi sapi untuk dibawa bungkus kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia