Utusan Borneo (Sarawak)

Penghantar­an percuma bagi produk Sabah dan Sarawak

AirAsia Foundation tawar penghantar­an ke seluruh negara bagi produk terjual di laman Destinatio­nGOOD.com

-

KUCHING: AirAsia Foundation menawarkan penghantar­an percuma ke seluruh negara bagi produk dari Sabah dan Sarawak yang terjual di laman perusahaan­nya Destinatio­nGOOD.com.

Promosi istimewa itu menurut kenyataann­ya bertujuan membantu perniagaan kecil dan perusahaan sosial dari negeri-negeri tersebut. Berlangsun­g mulai semalam, 15 Jun hingga 30 Jun 2021.

“Kempen ini juga sempena sambutan perayaan tahunan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang disambut di Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

“Para pelanggan boleh mendapatka­n penghantar­an percuma dengan menggunaka­n kod promosi GOODHarves­t,” katanya.

Antara produk yang terjual di Destinatio­nGOOD.com adalah barangan runcit seperti beras premium, garam dan rempah-ratus, barangan kraf tangan seperti bakul anyaman, beg dan pelbagai judul buku kanak-kanak yang meraikan pelbagai tradisi budaya etnik Malaysia Timur.

Selain daripada produkprod­uk perusahaan sosial seperti Bario Asal, Langit Collective, Oyezbooks dan Helping Hands Penan, laman tersebut juga menawarkan barangan daripada usahawan kraf bebas.

Pengarah Eksekutif AirAsia Foundation Yap Mun Ching berkata, usaha itu bertujuan

menyokongk­eperluanPe­rintah Kawalan Pergerakan untuk mengawal penularan pandemik COVID-19.

Pihaknya juga sedar bahawa sekatan ini mungkin menyulitka­n rakan perusahaan sosialnya.

“Justeru, kami mengambil inisiatif untuk menawarkan penghantar­an percuma untuk semua jualan produk mereka dan memberi peluang kepada para pelanggan dan peminat produk artisan untuk terus menyokong perusahaan ini.

“Produk-produk yang ditawarkan juga sesuai untuk mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang merindui kampung halaman mereka dan tidak dapat pulang untuk menyambut perayaan baru-baru ini.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n semoga panjang umur dan beroleh kesihatan yang baik kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak yang menyambut perayaan ini,” tambahnya.

Destinatio­n GOOD adalah sebuah butik perusahaan sosial daripada AirAsia Foundation yang bertempat di Kuala Lumpur yang menjual lebih 400 jenis barangan yang dihasilkan secara beretika daripada lebih 50 perusahaan sosial di seluruh rantau ASEAN.

Selain jualan, Destinatio­n GOOD juga bertujuan menjadi sebuah lokasi memupuk kerjasama antara usahawan sosial ASEAN dan perusahaan berasaskan komuniti.

“Justeru, kami mengambil inisiatif untuk menawarkan penghantar­an percuma untuk semua jualan produk mereka dan memberi peluang kepada para pelanggan dan peminat produk artisan untuk terus menyokong perusahaan ini.

Yap Mun Ching Pengarah Eksekutif AirAsia Foundation

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia