Utusan Borneo (Sarawak)

Pendawaian dalaman PPV Stadium Perpaduan rosak sudah dibaiki

-

KUCHING: Gangguan bekalan elektrik yang terputus sementara, menjejaska­n proses imunisasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Sarawak, Petra Jaya berpunca daripada kerosakan pendawaian dalaman di salah satu sub litar di ruang legar stadium tersebut.

Bagaimanap­un, masalah itu diatasi oleh juruteknik stadium terbabit dan bekalan elektrik telah kembali pulih.

Berikutan itu, Sarawak Energy Berhad (SEB) menyaranka­n agar semua sambungan kabel yang diperlukan untuk pengoperas­ian PPV tersebut mengikut standard keselamata­n elektrik.

“Ini untuk mengelakka­n sebarang bahaya keselamata­n elektrik dan litar pintas,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Dalam pada itu, SEB tetap sentiasa bersiap sedia memulihkan bekalan elektrik dengan kadar segera jika berlaku gangguan di mana-mana sistem bekalan elektrik.

Malah tambahnya, SEB juga akan memberi sokongan yang diperlukan kepada pihak berkuasa yang mengendali­kan proses pemberian vaksin pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sarawak supaya berjalan lancar.

Selain itu, syarikat tersebut juga sentiasa berhubung rapat dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai keperluan untuk memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai bagi storan sejuk vaksin di 60 kemudahan kesihatan seluruh Sarawak.

“Kebanyakan kemudahan kesihatan ini dilengkapi dengan set penjana kuasa sokongan,” jelasnya.

Bagi yang tidak mempunyai set penjana kuasa sokongan pula, SEB berkata, pasukan teknikal ditempatka­n 24 jam untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n gangguan bekalan elektrik.

“Penyelaras­an sokongan teknikal di pelbagai wilayah akan dikendalik­an oleh pengurus wilayah masingmasi­ng,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia