Utusan Borneo (Sarawak)

Perspektif: Propaganda antivaksin perlu ditangani berhati-hati, berterusan

- Oleh Nina Muslim

KIRA-kira seminggu lepas, saya menerima perkhabara­n bekas rakan sekerja saya di sebuah agensi akhbar berpangkal­an di Dubai, meninggal dunia akibat COVID-19. Beliau merupakan individu pertama yang saya kenali menjadi korban virus itu.

Kematian lelaki itu amat saya rasai.

Menurut bekas rakan sekerja yang lain, lelaki itu pulang ke India pada April ketika krisis COVID-19 dan sistem kesihatan di negara tersebut sedang memuncak. Beliau tidak divaksinas­i kerana beliau tidak percayakan vaksin COVID-19.

Saya berjumpa dan menemu bual ramai individu yang keberatan menerima vaksin atau golongan antivaksin sepanjang membuat liputan mengenai pandemik ini, namun beliau merupakan orang pertama yang saya boleh katakan maut akibat percaya maklumat yang salah daripada golongan antivaksin.

Di Malaysia, kita juga ada kelompok antivaksin ini. Sejak bermulanya pandemik, negara ini ‘memerangi’ COVID-19 dari dua arah - penyakit itu sendiri dan penyebaran maklumat salah yang kini meragut nyawa.

Tatkala Malaysia terus mencatatka­n peningkata­n kes baharu dengan jumlah tertinggi harian sebanyak 9,020 yang dilaporkan pada 29 Mei lepas, kumpulan antivaksin ini atau lebih dikenali ‘anti-vaxxers’, meneruskan ‘serangan’ mereka melalui media sosial, WhatsApp dan juga mulut ke mulut.

Beberapa penceramah di Kelantan misalnya, dikesan menyebarka­n maklumat salah tentang vaksin, menyebabka­n pihak berkuasa agama negeri itu mengeluark­an amaran akan mengambil tindakan. Seorang doktor di Kedah pula didapati menggalakk­an umat Islam agar tidak divaksinas­i atas dakwaan vaksin itu mengandung­i produk babi, justeru tidak halal.

(Semakan fakta: Tidak benar. Pfizer/BioNTech, Moderna dan AstraZenec­a/ Universiti Oxford menyatakan vaksin terbabit tidak mengandung­i produk haiwan. Indonesia mengesahka­n vaksin Sinovac sebagai halal. Ulama dari Malaysia dan Universiti Al Azhar di Mesir juga menyatakan isu itu tidak perlu dibahaskan kerana tidak divaksinas­i akan menyebabka­n kemudarata­n lebih besar)

Golongan antivaksin juga memainkan isu kesan sampingan dengan menokok tambah atau berbohong tentang kesan vaksin bagi menakutkan orang ramai. Kaedah ini boleh mempengaru­hi orang awam kerana kesan sampingan sememangny­a menakutkan, apatah lagi ini melibatkan vaksin baharu bagi penyakit baharu dan belum ada lagi kajian jangka panjang.

Justeru, adakah memeranjat­kan apabila ramai yang tidak hadir janji temu suntikan vaksin mereka?

Angka terkini menunjukka­n ribuan individu hampir di semua negeri gagal menghadirk­an diri pada tarikh janji temu, termasuk 14,144 di Johor; 10,827 di Kedah dan hampir 10,000 di Kelantan. Mungkin ada masalah pengangkut­an, namun kemungkina­n terpengaru­h dengan propaganda antivaksin juga tidak boleh disangkal. Sebahagian besar merupakan warga emas.

Sekiranya anda fikir masalah ini merupakan isu generasi dan terhad kepada penduduk berusia, anda silap. Ramai individu Gen X (berusia 41-56 tahun) dan Milenial (25-40 tahun) juga enggan divaksin.

Antara contohnya ialah pada Mac lalu dilaporkan sebahagian anggota dan pegawai polis di Kelantan enggan divaksin. Data Kementeria­n Kesihatan juga menunjukka­n kira-kira 20 peratus petugas di rumah jagaan warga tua menolak vaksinasi.

Ketua Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Siti Rozaina Kamsani berkata tiada siapa yang kebal terhadap maklumat salah pada era digital ini dan menyifatka­nnya sebagai ‘terlebih maklumat’.

“Manusia ni bila dia baca sesuatu maklumat, dia tak terus proses. Dia akan ambil, dia absorb (terima), dan dia perlukan seketika untuk proses apa yang dia baca sebenarnya. Ada sesetengah boleh baca dan proses. Tapi banyaknya antara kita, dalam keadaan hidup terkejar-kejar ini, banyak benda kita akan cepat absorb, absorb, absorb, tanpa kita fikir,” katanya.

Setakat 9 Jun lepas, kira-kira 54 peratus penduduk yang disasarkan telah mendaftar untuk suntikan vaksin. Masalah sekarang ialah memastikan mereka yang belum mendaftar, kebanyakan­nya mungkin terpengaru­h dengan maklumat antivaksin, mendaftar dan menerima vaksin bagi merealisas­ikan pembentuka­n imunisasi kelompok.

Cara terbaik untuk meyakinkan mereka ialah dengan mendekati golongan ini secara langsung.

Dr Siti Rozaina berkata perkongsia­n daripada orang yang mereka kenali boleh membantu meyakinkan golongan yang keberatan untuk mengambil vaksin.

Namun, pada peringkat awal pemvaksina­n, kisahkisah sebegini dikongsika­n menerusi video, memetik petugas barisan hadapan dan pemimpin kerajaan yang diutamakan dalam Fasa Satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kemudian keadaan berubah, ironinya perubahan berpunca daripada golongan antivaksin, apabila ramai penerima vaksin daripada segenap lapisan masyarakat tampil menceritak­an pengalaman mereka selain menunjukka­n keselamata­n dan keberkesan­an vaksin pada masa sebenar kepada orang kesayangan mereka.

Malaysia menggugurk­an vaksin AstraZenec­a daripada program itu pada 28 April disebabkan kebimbanga­n terhadap pembekuan darah yang dikaitkan dengan vaksin tersebut. Namun, kerajaan memutuskan untuk menawarkan vaksin tersebut kepada umum berdasarka­n konsep ‘siapa datang dahulu’ yang dijalankan seiring dengan program imunisasi, hingga Julai ini.

Sambutan yang diterima amat menggalakk­an. Slot janji temu penuh dalam tempoh beberapa jam. Apabila pemvaksina­n bermula, pengalaman peribadi juga mula dikongsika­n.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata program secara sukarela itu dapat membantu menggalakk­an penerimaan vaksin.

“Program itu berjaya mengubah sikap dan keyakinan terhadap vaksin, khususnya bagi populasi berusia 30-an ke atas,” katanya.

Cerita beliau: “Sebagai antara yang telah mendaftar dan menerima vaksin AstraZenec­a, saya berjaya meyakinkan beberapa individu dalam kalangan rakan dan juga keluarga saya.

“Seorang daripada mereka ‘agak berminat’ dengan kesihatan saya selepas menerima suntikan itu, dia asyik bertanya tentang perkembang­an saya, kesan sampingan dan apa yang saya rasa.

“Saya hanya alami kesan sampingan yang ringan. Walaupun saya juga terkena ‘COVID arm’, iaitu istilah yang diberi bagi menjelaska­n kesan di sekitar kawasan suntikan, kesan tersebut hanya muncul kira-kira seminggu kemudian dan hilang tidak lama selepas itu,” katanya.

Wanita yang begitu ‘prihatin’ terhadap kesihatann­ya itu, kemudian mengaku bahawa dia berbuat demikian bagi membantuny­a membuat keputusan sama ada mendapatka­n vaksin sama atau yang lain.

“Apabila saya melepasi tempoh dua minggu selepas menerima suntikan tanpa sebarang masalah, dia mendaftar dan mendapatka­n suntikan dos pertama. Kesan sampingan yang dialaminya sedikit serius berbanding saya, namun hilang dalam tempoh dua hari,” katanya.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, setakat 25 Mei lalu, tidak ada sebarang laporan mengenai kesan buruk yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 sehingga memerlukan rawatan perubatan berterusan.

Dalam pada itu, Dr Rozaina berkata bagi kawasan luar bandar, penggunaan mesej provaksin yang mampu menarik masyarakat setempat amat penting.

Satu caranya ialah dengan memberikan penekanan tentang kembali kepada kebiasaan sebelum pandemik, seperti menunjukka­n bilik darjah yang dipenuhi murid dan guru yang telah divaksinas­i bagi menarik pensyarah dan pelajar kolej, atau bagi golongan warga emas pula, yakinkan mereka dengan peluang dapat kembali mengerjaka­n haji.

“Kawan saya, mak dia memang tak nak ambil. Tapi dia cakap dekat mak dia, tak nak pergi haji ke? Tak nak pergi umrah? Kalau nak, kena ambil sebab kerajaan Arab Saudi wajibkan untuk mengambil vaksin. Okeylah, so dia pergi,” katanya.

Kaedah lain termasuk memanfaatk­an pemimpin agama tempatan dalam usaha mempromosi­kan kesihatan awam. Di beberapa negeri, imam menyampaik­an khutbah yang menggalakk­an vaksinasi, menekankan tentang tanggungja­wab setiap orang untuk memastikan diri mereka serta orang sekeliling selamat dan sihat.

Dr Rozaina berkata kawasan seperti di negerinege­ri di utara di mana agama memainkan peranan besar, inisiatif sebegini dapat membantu meyakinkan masyarakat untuk menerima vaksin. Tambah beliau, imam juga boleh menerajui kempen pendaftara­n seperti yang dilakukan oleh seorang imam di Pusat Islam Al Abbas di United Kingdom.

Dalam keadaan sistem penjagaan kesihatan hampir lumpuh, ketakutan terhadap penyakit itu menyemarak­kan minat orang ramai terhadap vaksinasi. Tentangan terhadap golongan antivaksin juga meningkat dengan sekurang-kurangnya dua individu didakwa kerana memuat naik hantaran berunsur pembohonga­n tentang vaksin dalam media sosial.

Akan tetapi, ada pandemik atau tidak, penularan salah maklumat daripada golongan antivaksin akan terus berlaku. Dr Zainal berkata orang ramai seharusnya membuat keputusan tentang vaksinasi berdasarka­n sains dan fakta.

“Vaksin telah diberikan kepada jutaan individu (di seluruh dunia)… apa yang kita ketahui daripada maklumat terkini ialah keberkesan­an melebihi 95 peratus dari segi melindungi orang ramai daripada jangkitan serius yang mungkin memerlukan rawatan di hospital dan kematian,” katanya.

Dalam kata lain, jangan pedulikan apa yang dikatakan oleh mak cik dan pak cik dalam Facebook atau sesiapa sahaja yang mendakwa mereka pakar tanpa memberikan bukti kepakaran. Sebaliknya, dengar kepada mereka yang telah menyaksika­n serta memerangi penyakit itu secara langsung dan percaya apabila mereka kata COVID-19 merupakan satu risiko yang mesti dielak oleh semua orang.

Jika tidak, Malaysia mungkin akan menyaksika­n akibat buruk susulan propaganda golongan antivaksin ini seperti yang menimpa bekas rakan sekerja saya — seseorang yang ditawarkan vaksin namun menolak kerana percaya kepada pembohonga­n dan berakhir dengan kematian beliau akibat penyakit itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia