Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan RELA daftar anggota tanpa kebenaran tidak benar

RELA akan ambil tindakan sewajarnya, jalankan siasatan dalaman

-

“RELA tidak akan berkomprom­i terhadap mana-mana pihak atau individu, yang secara sengaja memproses atau menggunaka­n data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu, tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.

Kenyataan RELA

KUALA LUMPUR: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) menafikan dakwaan yang mereka menggunaka­n data peribadi seseorang untuk didaftarka­n sebagai anggotanya secara automatik, tanpa mendapat kebenaran individu itu.

RELA dalam kenyataan semalam memaklumka­n, pihaknya tidak akan membuat perkara itu kerana perbuatan itu bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 6(1), Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010.

“RELA maklum akan kegusaran orang ramai dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalanka­n siasatan dalaman, bagi mengenal pasti tatacara pendaftara­n keanggotaa­n yang dilaksanak­an sebelum Akta 752 (Akta Pasukan Sukarelawa­n Malaysia) berkuat kuasa.

“RELAtidaka­kanberkomp­romi terhadap mana-mana pihak atau individu, yang secara sengaja memproses atau menggunaka­n data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu, tanpa mendapat kebenaran individu terbabit,” kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa individu mendapati maklumat peribadi mereka didaftarka­n sebagai anggota RELA secara automatik, di dalam sistem MyRELA.

Sehubungan itu, bagi mereka yang mendapati telah didaftarka­n sebagai anggota RELA dan ingin menamatkan keanggotaa­n, boleh menghubung­i talian 03-8870 3770 dan emel ke pro_rela@moha.gov.my untuk membatalka­n keanggotaa­nnya.

Menerusi kenyataan sama, RELA turut memaklumka­n jabatan itu dalam usaha melaksanak­an program pemutihan keanggotaa­n, di mana anggota yang tidak aktif dan telah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaa­n.

Bagaimanap­un, program pemutihan keanggotaa­n berdasarka­n Seksyen 9 Akta itu digantung sementara, memandangk­an RELA sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak COVID-19.

“Bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaa­n, boleh berbuat demikian dengan memaklumka­n secara bertulis kepada Ketua Pengarah RELA,” menurut kenyataan itu lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia