Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN buka kaunter BKK untuk rayuan BPR

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuka kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) mulai semalam untuk permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

LHDN dalam kenyataan semalam memaklumka­n kaunter itu akan dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarka­n waktu bekerja bagi setiap negeri serta melalui janji temu sahaja.

“Ia juga terhad kepada pelanggan yang berisiko rendah berdasarka­n aplikasi MySejahter­a. Pelanggan yang hadir wajib mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengimbas aplikasi MySejahter­a, sentiasa memakai pelitup muka, pemeriksaa­n suhu badan dan mengamalka­n penjarakan fizikal,” menurut agensi itu.

Pertanyaan berkaitan BPR boleh diajukan kepada talian BKK di 1800-882747 yang dibuka dari 9 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat).

Kelmarin, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumka­n tempoh rayuan bagi permohonan BPR yang tidak diluluskan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun ini.

Kenyataan LHDN turut memaklumka­n hanya Pejabat Setem Cawangan dibuka bagi urusan penyeteman dan bayaran duti setem kepada pelanggan dan Pembayar Duti Individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) seperti ditetapkan sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Waktu operasi kaunter adalah berdasarka­n hari bekerja di setiap negeri iaitu dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Turut kekal beroperasi Kaunter Pusat Bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Talian pejabat akan berfungsi seperti biasa dengan waktu operasi terhad iaitu bagi Hasil Care Line (Pusat Panggilan dan Live Chat) waktu operasi ialah Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang manakala bagi ibu pejabat atau cawangan LHDN, talian adalah ditutup.

Menurut kenyataan itu, pelanggan disyorkan membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakka­n sebarang kesulitan.

Senarai itu boleh dicapai melalui pautan phl. hasil.gov.my/pdf/pdfam/ Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia