Utusan Borneo (Sarawak)

Agong berkenan kurnia watikah pelantikan kepada 19 ketua perwakilan ke luar negara

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam berkenan mengurniak­an watikah pelantikan kepada 19 Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berkenan Istiadat Pengurniaa­n Watikah Pelantikan itu yang lazimnya diadakan di Istana Negara disempurna­kan menerusi pengurniaa­n secara berutus susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bagi mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19 ketika ini.

“Seri Paduka mengambil kesempatan ini menzahirka­n ucapan tahniah kepada KetuaKetua Perwakilan Malaysia yang dilantik dan mengingatk­an mereka supaya menjalanka­n tugas diamanahka­n dengan sebaiknya, sentiasa menjaga nama baik negara dan meningkatk­an profil Malaysia di persada antarabang­sa,” kata beliau semalam.

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Nadzirah Osman, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar, Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani, Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Mohd Zamruni Khalid dan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Roslan Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Austria Ikram Mohd Ibrahim, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Kanada Anizan @ Siti Hajjar Adnin, Duta Besar Malaysia ke Croatia Kennedy Mayong Onon dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail.

Duta Besar Malaysia ke Oman Shaiful Anuar Mohammad, Duta Besar Malaysia ke Hungary Francisco Munis, Duta Besar Malaysia ke Romania Datuk Tengku Sirajuzzam­an Tengku Mohamed, Duta Besar Malaysia ke Algeria Mohammad Faizal Razali, Duta Besar Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran, Duta Besar Malaysia ke Bosnia dan Herzegovin­a Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin, Duta Besar Malaysia ke Lubnan Azri Mat Yacob dan Duta Besar Malaysia ke Argentina Nur Azman Abdul Rahim turut menerima watikah pelantikan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia