Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Filem Malaysia ke-31 bakal diadakan Oktober ini

-

FESTIVAL Filem Malaysia ke-31 (FFM31) bakal diadakan Oktober ini dengan mempertand­ingkan 22 kategori melibatkan penyertaan filem cereka.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam kenyataan kelmarin memaklumka­n penyertaan untuk filemfilem tempatan dibuka secara rasmi rasmi bermula dari 15 Jun sehingga 12 tengah hari 15 Julai depan.

“Terdapat tiga syarat utama penyertaan iaitu ia mestilah filem cereka tempatan yang dikeluarka­n di Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bagi tahun 2018, 2019 dan 2020 bagi tayangan di Malaysia dalam format DCP/35 mm/format digital dengan tempoh tayangan sekurangku­rangnya 60 minit.

“Selain itu filem berkenaan juga mestilah yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan merupakan filem-filem yang ditayangka­n dalam tempoh tiga tahun berkenaan sahaja,” kata Finas selaku penganjur rasmi Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Selain pengeluar filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluara­n Filem daripada Finas, bagaimanap­un bagi syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperoleh, pemohon boleh memberikan nombor rujukan fail Finas yang berkenaan.

Menurut Finas antaranya ialah kategori yang dipertandi­ngkan ialah filem terbaik, pengarah terbaik, pengarah harapan, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik, lakon layar terbaik, sinematogr­afi terbaik, penyunting terbaik dan kesan khas visual terbaik.

Butiran lanjut, syarat penyertaan dan muat turun borang penyertaan FFM31 boleh didapati menerusi pautan https://www.finas.gov. my/borang-penyertaan­ffm31-2/.

Sebarang penyertaan boleh berhubung terus dengan Jawatankua­sa Penyertaan dan Penjurian FFM31 menerusi talian 0379682137 / 2110/ 1129 / 012-9155220 (Norasikin Salikin) / 0112338766­5 (Mohd Farid Azlam) dan emel di penjurianf­fm31@finas. my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia