Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita didenda RM5,000 guna surat MITI syarikat lain untuk operasi syarikat

-

KAJANG: Seorang pemilik premis ukiran kayu didenda RM5,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana menggunaka­n surat Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) atas nama syarikat lain untuk pengoperas­ian premisnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli menjatuhka­n hukuman itu terhadap Intan Zarina Md Sappery, 49, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengemukak­an surat kebenaran beroperasi oleh MITI bukan milik premisnya ketika pemeriksaa­n dibuat oleh pegawai penguat kuasa di premisnya di Taman Industri Selesa Jaya, Balakong di sini pada 10.40 pagi, 9 Jun lepas.

Wanita itu selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) akta sama membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Intan Zarina membayar denda tersebut.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Muhammad Noor Firdaus berkata mahkamah memandang serius kesalahan dilakukan itu kerana telah melanggar PKP.

“Laporan (terkini) menunjukka­n kluster di tempat kerja adalah antara penyumbang utama peningkata­n kes positif COVID-19. Hukuman akan saya jatuhkan ini harus mencermink­an pandangan mahkamah yang mana mengetuai sentimen awam,” katanya.

Ketika rayuan, Intan Zarina tidak diwakili peguam memohon hukuman denda minimum atas alasan itu adalah kesalahan pertamanya dan perniagaan­nya juga terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran supaya OKS tidak mengulangi kesilapan sama.

Di mahkamah sama, pengawal keselamata­n Shah Azwan Abdullah dipenjara 12 bulan selepasmen­gakubersal­ahmencuri telefon bimbit dan wang tunai RM20 milik pemandu e-hailing, Tyndale Hiew Ten Der, 47, di dalam sebuah kereta di Jalan Jasmin 17 di sini, pada 11 malam 9 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Shah Azwan, 23, tidak diwakilipe­guammemoho­ndenda minimum kerana dia menanggung ibunya namun Norhana memohon hukuman penjara kerana tertuduh mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan serupa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia