Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin Pfizer diluluskan untuk golongan umur 12 tahun ke atas

Keutamaan vaksinasi masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi

-

KKM sentiasa memperting­katkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19, melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an, oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan

PBKD.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-359 (DCA) semalam meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Comirnaty sebelum ini diluluskan pendaftara­n bersyarat pada 8 Jan lalu, bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas.

“Walaupun tambahan indikasi ini diluluskan, Kementeria­n Kesihatan (KKM) berpandang­an keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi, selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan

berkata, PBKD juga memberikan kelulusan pendaftara­n bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua produk vaksin yang memerlukan hanya satu dos pelalian.

Katanya dua vaksin itu adalah ‘Convidecia Recombinan­t Novel Coronaviru­s Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector)’ keluaran CanSino Biologics Inc, China, dengan pemegang pendaftara­n produk Solution Biologics Sdn Bhd dan ‘Janssen COVID-19 Vaccine’ keluaran Johnson & Johnson, yang diberi kelulusan Penyenarai­an Penggunaan Kecemasan (EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Noor Hisham berkata, pendaftara­n ‘Janssen COVID-19 Vaccine’ yang diperolehi kerajaan Malaysia melalui fasiliti COVAX, dilaksanak­an melalui mekanisme perakuan ke atas kelulusan WHO EUL.

Beliau berkata, kelulusan pendaftara­n bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an, produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarka­n data-data terkini dari semasa ke semasa, bagi memastikan perbanding­an manfaat-risiko kekal positif.

“KKM sentiasa memperting­katkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19, melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an, oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan PBKD,” katanya.

Menurutnya kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia