Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sasar 165,000 dos vaksin sehari di Selangor

-

SHAH ALAM: Sebanyak 165,000 dos suntikan vaksin COVID-19 sehari disasar akan diberikan di Selangor menjelang Ogos ini melalui pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dan penglibata­n klinik dan hospital swasta serta program vaksinasi di lapangan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata jumlah pemberian vaksin di Selangor kini adalah sebanyak 43,000 dos sehari dan dirancang akan dipertingk­atkan kepada 135,000 dos sehari pada Julai selaras hasrat kerajaan mencapai 80 peratus vaksinasi pada September ini.

“Kita telah bincang strategi tingkatkan kadar penggunaan vaksin di Selangor, bermaksud jumlah vaksin yang telah dihantar berbanding yang telah diguna pakai agar masa penghantar­an dan penggunaan vaksin itu tidak terlalu lama, membawa kepada strategi menambah kapasiti pemberian vaksin,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor bersama dengan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di sini semalam.

Menurut Khairy kadar penggunaan vaksin di Selangor bagi vaksin Pfizer dan Sinovac masing-masing sebanyak 68 peratus dan 61 peratus.

Beliau berkata bagi golongan warga emas di Selangor seramai 504,296 telah berdaftar setakat ini untuk mendapatka­n vaksin COVID-19, dengan 45 peratus atau 225,186 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala seramai 218,363 telah menerima tarikh janji temu sehingga 27 Jun nanti.

“Ini menjadikan 88 peratus warga emas yang telah berdaftar sekurang-kurangnya telah menerima tarikh janji temu mereka dan saya jangka kalau dapat diselesaik­an Fasa 2 bagi warga emas yang telah mendaftar adalah pada pertengaha­n Julai di Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Khairy berkata penting untuk masyarakat faham bahawa kerajaan tidak terus mengetepik­an pelaksanaa­n program vaksin Fasa 2 malah terus dijalankan sebagaiman­a dirancang walaupun Fasa 4 telah dimulakan.

“Ini kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanak­an masih ada sektor ekonomi tertentu yang beroperasi dan ini sangat penting sebab kawasan tapak kerja sudah menjadi kluster jangkitan sebab itu kita juga bagi tumpuan pada Fasa 4,” katanya.

Beliau berkata kilang Texas Instrument­s akan menjadi kilang pertama di Selangor memulakan Fasa 4 program vaksin esok dan akan diperluas lagi untuk sektor perkilanga­n dan sektor pembinaan lain di negeri ini Julai akan datang.

“Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) juga sedang mengumpul senarai kilang yang akan terlibat dalam program ini,” katanya.

Mengenai laporan bahawa Kerajaan Jepun mahu menyumbang vaksin AstraZenec­a kepada Malaysia, Khairy berkata pihaknya masih menunggu surat rasmi dari negara itu terutamany­a mengenai jumlah dos dan perkara berkaitan lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia