Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kaji polisi babitkan warga asing

Menangani masalah khususnya yang memberi kesan kepada masyarakat tempatan

-

BUKIT MERTAJAM: Kementeria­n Dalam Negeri akan mengkaji dan mengeluark­an satu polisi membabitka­n warga asing bagi menyelesai­kan masalah-masalah yang timbul, khususnya yang memberi kesan kepada masyarakat tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya akan berbincang dengan semua pihak termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftara­n Negara tentang apa yang perlu diketengah­kan dalam polisi berkenaan.

“Terdapat banyak aduan daripada masyarakat di sini berkenaan warga asing. Sebagai contoh, satu unit rumah yang mempunyai tiga bilik menempatka­n tiga buah keluarga. Ini menimbulka­n masalah bising.

“Selain itu ada aduan daripada penduduk tempatan yang mengatakan warga asing ini terlibat dengan masalah dadah,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke dua lokasi yang diperiksa Jabatan Imigresen termasuk hampir 100 warga

Terdapat banyak aduan daripada masyarakat di sini berkenaan warga asing. Sebagai contoh, satu unit rumah yang mempunyai tiga bilik menempatka­n tiga buah keluarga. Ini menimbulka­n masalah bising. Selain itu ada aduan daripada penduduk tempatan yang mengatakan warga asing ini terlibat dengan masalah dadah.

Datuk Seri Hamzah Zainudin

Menteri Dalam Negeri

asing di sini semalam, termasuk pemegang kad Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Mengulas tentang kesediaan UNHCR untuk berkongsi butiran pemegang kadnya dengan jaminan bahawa pelarian tidak akan ditangkap, beliau berkata:”Adalah baik jika mereka mahu berkongsi tetapi jika mereka meletakkan syarat, mereka sebenarnya tidak ikhlas.”

“UNHCR beri kad kepada mereka tetapi tiada ‘enforcemen­t’(penguatku asaan). Jika sudah tamat tempoh dan mereka masih menetap di sini, kita tidak tahu bagaimana hendak mencari mereka kerana UNHCR tidak berkongsi butiran itu kepada kita,” katanya.

Katanya perkara ini boleh diselesaik­an dengan lebih teratur jika ada polisi dan segala percanggah­an pendapat boleh dielakkan.

Ketika ditanyakan adakah kerajaan akan mempertimb­angkan penggunaan kem pelarian,Hamzahberk­ata:”Itu adalah salah satu daripada cadangan diutarakan tetapi saya tidak berapa pasti jenis kem pelarian yang macam mana, kami perlu melihat kepada realiti, lokasi, infrastruk­tur. Semua ini perlu diambil kira.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAJI POLISI: Hamzah (kiri) berbual dengan warga asing semasa meninjau penempatan warga asing di Flat Jalan Terubuk, Seberang Jaya dekat Bukit Mertajam, semalam.
— Gambar Bernama KAJI POLISI: Hamzah (kiri) berbual dengan warga asing semasa meninjau penempatan warga asing di Flat Jalan Terubuk, Seberang Jaya dekat Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia