Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin, Jawatankua­sa Khas Bebas Darurat menghadap Agong semalam

-

KUALA LUMPUR: Menjelang Perbincang­an Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualka­n berlangsun­g hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam.

Kenderaan membawa Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu utama pada 2.20 petang, dan beredar meninggalk­an Istana Negara pada 3.30 petang.

Sesi sembah maklum oleh Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu hari ini mempunyai kaitan dengan sesi pertemuan pemimpin partiparti politik yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lepas.

Seramai 18 pemimpin parti politik menghadap secara bersemuka dan maya di Istana Negara sehingga petang semalam.

Terdahulu,PengerusiJ­awatankuas­a Khas Bebas Darurat 2021 Tun Arifin Zakaria dan beberapa ahli jawatankua­sa itu turut menghadap Seri Paduka pada sebelah pagi.

Jawatankua­sa khas yang ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu dianggotai 19 individu yang terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkan­g dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamata­n, ketenteram­an awam, pentadbira­n awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.

Hari ini, tumpuan bakal terarah kepada Perbincang­an Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsun­g di Istana Negara bagi membincang­kan soal berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaa­nnya semasa tempoh darurat.

Perbincang­an Khas RajaRaja Melayu itu adalah kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.

Kali pertama Perbincang­an Khas Raja-Raja Melayu adalah pada 25 Okt tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Muhyiddin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dekat Kuala Kumpur, semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Muhyiddin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dekat Kuala Kumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia