Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB sedia gerak KEMAS, Lembaga Kemajuan Wilayah bantu Program Vaksinasi

-

LIPIS: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) bersedia menggerakk­an Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Lembaga Kemajuan Wilayah di bawahnya bagi membantu urusan pendaftara­n vaksin COVID-19 penduduk pedalaman dan Orang Asli.

Timbalan Menteri KPLB 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya juga bersedia ‘membuka’ fasiliti KEMAS atau manamana agensi di bawah kementeria­n untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi membantu mempercepa­tkan proses vaksinasi di negara ini.

Katanya, KEMAS mempunyai lebih kurang 2,000 fasiliti yang boleh digunakan selain 11,000 pendidik masyarakat yang sedia digerakkan bergantung kepada kesesuaian dan keperluan, selain lebih 15,000 individu di bawah Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) juga boleh membantu proses vaksinasi itu.

“Kita mahu membantu urusan pendaftara­n terutamany­a untuk mereka yang tidak mempunyai peranti, kurang mahir menggunaka­n peranti atau tiada akses Internet selain memberi penerangan yang tepat mengenai vaksin supaya mereka sedar akan kepentinga­n mengambil vaksin.

“Kita berharap kerjasama antara agensi KPLB, pejabat kesihatan daerah dan JPKK akan membantu meningkatk­an tahap kesedaran masyarakat luar bandar dan bagi warga emas yang terlantar, program vaksinasi bergerak juga boleh diaktifkan ke kampung supaya tiada yang tercicir dalam program ini,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis melakukan Program Misi Vaksinasi Warga Emas dan Golongan Kurang Upaya (OKU) di Kampung Kuala Kenong di sini semalam, yang menyaksika­n 20 individu menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.

Program yang turut disertai Pejabat Daerah dan Tanah Lipis serta pasukan beruniform seperti polis dan bomba, menyaksika­n kecekalan petugas terlibat menaiki bot meredah Sungai Jelai sebelum menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui ladang getah, yang merupakan laluan utama ke kampung itu.

Abdul Rahman berkata inisiatif KPLB diharapkan dapat mengurangk­an kerisauan anak warga emas yang tidak dapat pulang ke kampung halaman ekoran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berhubung proses vaksinasi terhadap ibu bapa mereka.

“Kita memahami keluh-kesah mereka kerana ada antara warga emas tidak mempunyai kenderaan selain ada yang mengalami kesukaran untuk ke PPV kerana terlantar atau masalah kesihatan lain dan ini antara jalan yang boleh diambil bagi membantu memudahkan mereka menerima vaksin,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia