Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri mohon bantuan anak OKU, jantung tersumbat

-

IPOH: Sepasang suami isteri memerlukan bantuan kewangan dan bekalan makanan berikutan kehilangan punca pencarian rezeki sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain perlu menanggung dua anak yang mengalami masalah kesihatan serius.

Julia Mohd Ali, 34, yang menghidap penyakit saraf belakang berkata keluargany­a itu tiada punca pendapatan selepas dia jatuh sakit sejak Mac lepas manakala suaminya, Mohamad Syamrezlan Misak, 22, buruh kontraktor sambilan tidak boleh bekerja kerana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Manjoi pada 6 hingga 19 Jun ini.

Lebih malang, mereka juga diuji apabila anak sulung hasil perkahwina­n pertamanya berusia 16 tahun mengalami masalah Dislexia manakala anak bongsunya berusia 11 bulan disahkan menghidap penyakit jantung tersumbat dan sawan sejak tiga bulan lepas.

“Anak sulung juga adalah pesakit OKU (Orang Kurang Upaya) mental akibat kemalangan ketika berusia lapan tahun semasa menaiki motosikal yang ditunggang­i oleh bekas suami manakala anak bongsu hasil perkahwina­n kedua pula, saya baru mengetahui dia tidak sihat.

“Setiap enam minggu sekali saya perlu membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaa­n. Dijangka pada bulan Ogos ini dia akan menjalani imbasan Magnetic Resonanse Imaging (MRI) jantung,” katanya.

Julia yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamata­n di sebuah syarikat berkata keluargany­a kini menyewa di sebuah rumah di Kampung Tengku Hussein, Manjoi, dengan kadar bayaran RM300 dibiayai oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selama tiga bulan.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta Shamsudin Osman berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menjalanka­n siasatan terperinci bagi meneliti bantuan yang boleh diberikan kepada mereka termasuk bantuan bulanan setelah melawat keluarga itu semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HILANG PUNCA: Julia (tengah) dan suaminya, Mohamad Syamrezlan (kanan) bersama barang sumbangan selepas menerima bantuan di rumahnya di Kampung Tengku Hussein, Manjoi dekat Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama HILANG PUNCA: Julia (tengah) dan suaminya, Mohamad Syamrezlan (kanan) bersama barang sumbangan selepas menerima bantuan di rumahnya di Kampung Tengku Hussein, Manjoi dekat Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia