Utusan Borneo (Sarawak)

Scotland pasrah, tewas 0-2 kepada Czech

Scotland yang belum pernah beraksi pada satu kejohanan antarabang­sa sejak Piala Dunia 1998, tewas kepada dua gol Schick di hadapan 12,000 penonton

-

GLASGOW: Kepulangan Scotland ke kejohanan antarabang­sa yang pertama sejak lebih dua dekad berakhir dengan kekalahan 0-2 kepada Republik Czech pada kejohanan tertangguh Euro 2020 di sini selepas dua gol Patrik Schick.

Scotland, yang belum beraksi pada satu kejohanan antarabang­sa sejak Piala Dunia 1998, tewas kepada dua gol Schick pada perlawanan di hadapan 12,000 penonton di Stadium Hampden Park.

Scotland bermula memberangs­angkan tetapi ketinggala­n tidak lama sebelum rehat apabila Schick menanduk satu hantaran lintang Vladimir Coufal.

Schick menjaringk­an satu lagi gol cantik dengan rembatan lencong dari dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol David Marshall buat kali kedua.

“Bola melantun kembali, penjaga gol agak tinggi dan saya melihat beliau ke-luar dari posisinya, jadi saya melakukan satu rembatan kemas,” kata Schick.

Penjaga gol Czech, Tomas Vaclik, bertindak tangkas menepis dua cubaan dari Lyndon Dykes ketika pasu

Bola melantun kembali, penjaga gol agak tinggi dan saya melihat beliau keluar dari posisinya, jadi saya melakukan satu rembatan kemas.

Patrik Schick

Penyerang pasukan Republik Czech

kan tuan rumah cuba bangkit semula.

Tetapi ia ternyata bukan hari buat anak buah Steve Clarke ketika Czech naik ke tangga teratas Kumpulan D, dengan kelebihan gol berbanding England, yang menewaskan Croatia 1-0 pada perlawanan lain.

Scotland perlu meningkatk­an permainan mereka menjelang perlawanan kedua menentang England di Wembley pada Jumaat ini.

“Kami perlu belajar dari pengalaman hari ini dan melakukan beberapa perubahan untuk perlawanan seterusnya,” kata pemain tengah Scotland, Stuart Armstrong.

Czech pula akan menentang Croatia di Hampden Park pada hari yang sama.

“Kami mahu meneruskan kemaraan, kami berdepan dua pasukan pilihan, kadang-kadang anda boleh mendapatka­n tiga mata tetapi saya fikir kami akan perlu mendapat lebih mata untuk menjamin kemaraan,” kata jurulatih Czech, Jaroslav Silhavy. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Penyerang Scotland Lyndon Dykes (tengah) menanduk bola pada perlawanan Euro 2020 Kumpulan D di antara Scotland dan Republic Czech di Hampden Park di Glasgow, kelmarin.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Penyerang Scotland Lyndon Dykes (tengah) menanduk bola pada perlawanan Euro 2020 Kumpulan D di antara Scotland dan Republic Czech di Hampden Park di Glasgow, kelmarin.
 ??  ?? SCHICK
SCHICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia