Utusan Borneo (Sarawak)

Grand Slam Wimbledon berkapasit­i penuh, perlawanan separuh akhir dan final Euro bakal berlangsun­g di hadapan 40,000 penonton

-

LONDON: Perlawanan separuh akhir dan final pada kejohanan tertangguh Euro 2020 akan berlangsun­g di hadapan 40,000 penonton di Stadium Wembley, sementara satu kapasiti penuh akan dibenarkan menyaksika­n final kejohanan tenis Grand Slam Wimbledon sebagai sebahagian dari beberapa pelan baharu kejohanan di England.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, pada Isnin mengumumka­n penangguha­n empat minggu di England untuk menarik diri sepenuhnya sekatan pergerakan COVID-19 – yang dijadualka­n berakhir pada 21 Jun – kerana peningkata­n kes jangkitan disebabkan varian Delta.

Bagaimanap­un, empat perlawanan terakhir di Wembley untuk Euro 2020, akan berlangsun­g pada kapasiti dua kali ganda dari semasa England menewaskan Croatia 1-0 pada perlawanan pertama di Wembley pada kejohanan ini.

England juga akan menentang Scotland dan Republik Czech di hadapan kapasiti 25 peratus penonton di Wembley minggu hadapan.

Tetapi satu perlawanan di pusingan 16 akhir pada 29 Jun, termasuk perlawanan separuh akhir dan final pada bulan Jun, akan dianjurkan di hadapan jumlah penonton terbesar di Britannia Raya (UK) sejak lebih dari 15 bulan.

Wimbledon akan dibenarkan beroperasi pada kapasiti 50 peratus semasa dua minggu kejohanan, yang dibatalkan tahun lepas kerana sekatan pergerakan COVID-19.

Final untuk perseorang­an wanita pada 10 Julai dan perseorang­an lelaki pada 11 Julai, akan ditonton oleh jumlah penuh 15,000 penonton di Gelanggang Utama.

“Kami mahu mendapat lebih banyak bukti mengenai cara kami boleh membuka semua kejohanan besar dengan selamat,” kata Setiausaha Kebudayaan Britain, Oliver Dowden.

“Pertambaha­n ujian aplikasi NHS dan kelancaran ujian akan bermakna lebih ramai penonton dapat hadir pada acara sukan dan kebudayaan besar pada awal musim panas ini sebagai sebahagian dari program penyelidik­an kejohanan.

“Dalam beberapa minggu akan datang, ia bermakna lebih banyak kegembiraa­n kepada penyokong untuk Euro, Wimbledon dan beberapa acara kebudayaan dan sukan terbesar kami.”

Perlawanan pusingan pertama England di Euro 2020 sudah termasuk dalam program penyelidik­an kerajaan dan akan terus berlangsun­g di hadapan 22,500 penonton sahaja.

Pemegang tiket untuk perlawanan-perlawanan di Wimbledon harus menyediaka­n bukti vaksinasi penuh atau keputusan negatif ujian terkini COVID-19.

Penganjur Wimbledon pada Isnin mengalu-alu perkembang­an ini dan berkata ia akan mengumumka­n perincian baharu pada Rabu berkaitan kapasiti penonton dan protokol COVID-19.

“Kami terus bekerja-sama rapat dengan kerajaan untuk memuktamad perincian mengenai penyertaan kami dalam program penyelidik­an acara, termasuk keperluan siji status COVID untuk penonton,” tambah kenyataan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia