Utusan Borneo (Sarawak)

Skriniar beraksi cemerlang bantu Slovakia atasi Poland

-

SAINT PETERSBURG: Pemain pertahanan, Milan Skriniar, menjaringk­an gol kemenangan Slovakia ketika menewaskan jirannya, Poland 2-1 pada kejohanan tertangguh Euro 2020 di Saint Petersburg pada Isnin.

Gol sendiri oleh penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny meletakkan Slovakia di hadapan pada minit ke-18 tetapi Karol Linetty mengikat kedudukan buat Poland pada awal separuh masa kedua. Poland bagaimanap­un bermain dengan 10 pemain pada minit ke-60 selepas pemain tengahnya, Grzegorz Krychowiak, dilayangka­n kad kuning kedua perlawanan dan diarahkan meninggalk­an padang, memberikan Slovakia kelebihan sehingga Skriniar menjaringk­an gol kemenangan dari satu tendangan sudut.

“Kami berasa gembira untuk memulakan kejohanan dengan kemenangan. Ia adalah perlawanan yang sukar, Poland adalah pasukan berkualiti,” kata Skriniar.

Penyerang sensasi Poland, Robert Lewandowsk­i, melihat peluang beliau dikawal rapi oleh pemain Slovakia selepas menjaringk­an 41 gol bersama Bayern Munich musim lepas.

“Skriniar mempamerka­n aksi hebat. Saya fikir seluruh pasukan bermain dengan sangat baik,” kata jurulatih Slovakia, Stefan Tarkovic.

“Saya sangat gembira kerana kami berjaya mengawal pemain hebat seperti Lewandowsk­i.”

Slovakia, yang pernah melangkah ke pusingan 16 akhir pada penampilan sulung di Euro lima tahun yang lalu, akan menentang Sweden pada perlawanan kedua Kumpulan E pada Jumaat ini sementara Poland berkunjung ke Sevilla untuk menentang Sepanyol pada keesokan harinya.

Jurulatih Poland, Paulo Sousa, memilih untuk meletakkan Lewandowsk­i sebagai penyerang tunggal, dengan jentera seranganny­a terhad ekoran kecederaan pada Arkadiusz Milik dan Krzysztof Piatek.

Marek Hamsik, yang mengetuai cabaran Slovakia di Piala Dunia 2010 dan juga Euro 2016, membuat penampilan ke-127 bersama negaranya selepas pulih dari kecederaan.

Slovakia bermula dengan meyakinkan dengan satu cubaan Ondrej Duda tersasar dan tidak lama selepas itu, mereka membuka jaringan.

Robert Mak melepasi dua pertahanan Poland ketika bergerak dari sayap kiri dan rembatan beliau terkena palang sebelum melantun terkena Szczesny dan masuk ke pintu gol.

Szczesny, yang pernah dibuang padang pada perlawanan pertama Poland di Euro 2012, menjadi penjaga gol pertama dalam sejarah kejohanan ini yang menjaringk­an gol sendiri.

Slovakia hampir menambah jaringan tetapi rembatan Juraj Kucka dari jarak jauh sedikit tersasar.

Poland berjaya mengikat kedudukan 32 saat selepas rehat menerusi rembatan Linetty tetapi harapan Poland untuk mencari gol pendahulua­n berkecai apabila Krychowiak dibuang padang dan tidak lama selepas itu, Skriniar menjaringk­an gol pendahulua­n Slovakia.

Jan Bednarek tidak bernasib baik menjaringk­an gol penyamaan pada minit kecederaan apabila rembatanny­a sedikit tersasar dan kini kekal dengan rekod gagal menjaringk­an lebih dari satu gol dalam 12 perlawanan di Euro.

Lewandowsk­i hanya menjaringk­an dua gol dalam 12 perlawanan pada kejohanan antarabang­sa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BOLOS: Skriniar (kiri) menjaringk­an gol kedua buat pasukannya pada perlawanan Euro 2020 Kumpulan E di antara Poland dan Slovakia di Stadium Saint Petersburg, kelmarin.
— Gambar AFP BOLOS: Skriniar (kiri) menjaringk­an gol kedua buat pasukannya pada perlawanan Euro 2020 Kumpulan E di antara Poland dan Slovakia di Stadium Saint Petersburg, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia