Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi Sepanyol dan Sweden dalam Kumpulan E berakhir seri tanpa jaringan

-

SEVILLE: Skuad baharu Sepanyol bergelut dengan masalah yang sama pada Isnin apabila kegagalan menyempurn­akan peluang membolehka­n Sweden mengikat kedudukan tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan mereka dalam Kumpulan E di Euro 2020.

Alvaro Morata mensiasiak­an peluang terbaik ketika Sepanyol menguasai separuh masa pertama, di mana mereka melakukan 419 hantaran, paling banyak dari mana-mana pasukan pada 45 minit pertama dalam satu kejohanan Euro.

Morata dicemuh oleh penyokong Sepanyol sendiri apabila dikeluarka­n ketika berbaki 12 minit permainan, dengan jurulatih Sepanyol, Luis Enrique kini berdepan persoalan kerana keputusann­ya tidak menyenarai­kan penyerang Villarreal, Gerard Moreno ke dalam skuadnya.

Sepanyol hilang rentak selepas rehat dan Sweden hampir menjaringk­an gol kemenangan jika rembatan Alexander Isak tidak terkena palang sebelum cubaan Marcus Berg sedikit tersasar.

“Mereka membuat keputusan untuk bertahan. Ia keputusan yang tidak adil,” kata Luis Enrique, yang juga merungut tentang keadaan padang. “Pemain bergelut mengawal bola,” kata beliau.

Keputusan seri menyebabka­n Sepanyol perlu meningkatk­an lagi permainan mereka dalam Kumpulan E selepas Slovakia mengejutka­n Poland 2-1, menyebabka­n perlawanan di antara Sepanyol dan Poland Sabtu ini adalah sangat penting kerana pasukan yang kalah pastinya semakin sukar untuk memburu kelayakan ke pusingan seterusnya.

Satu lagi kegagalan menyempurn­akan peluang mengimbau kembali kegagalan Sepanyol sebelum ini, paling dikenali ialah apabila dikecewaka­n oleh Rusia di Piala Dunia 2018, sebelum tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti.

Berikutan dengan kekalahan itu, Luis Enrique diberi tugas melancarka­n era baharu sebagai jurulatih, satu projek yang melibatkan pemain baharu muncul tetapi dengan gaya permainan lebih jelas.

Pasukannya bermain dengan memberangs­angkan dalam separuh masa pertama, jauh berbeza dari skuad yang berumur pada kejohanan sebelum ini.

Namun dalam separuh masa kedua, mungkin kerana kekurangan keyakinan atau ketajaman kerana mereka hanya berlatih minggu lepas ekoran pengasinga­n terpaksa dibuat selepas kapten pasukan, Sergio Busquets dan juga Diego Llorente diuji positif COVID-19.

Jurulatih Sweden, Janne Andersson, sementara itu berjanji pada Ahad bahawa pasukannya “berlari sepenuhnya” dan tidak hanya bertahan walaupun ia tidak seperti apa yang digambarka­n apabila mereka hanya mempunyai dua peluang terbaik.

Isak, 21, yang menjaringk­an 17 gol bersama Real Sociedad musim lepas, menunjukka­n kenapa beliau adalah pemain muda paling berbakat di Eropah dan Sepanyol berasa lega apabila Andersson mengeluark­annya ketika berbaki 20 minit permainan.

“Ia bukan kerana mereka ada banyak peluang walaupun menguasai permainan,” kata Andersson. “Kami boleh tewas dan kami juga boleh menang.”

Venue asal untuk Sepanyol ialah di Bilbao tetapi kerana Bilbao tidak dapat menjamin jumlah terhad penonton kepada badan induk bola sepak Eropah (UEFA), Seville dipilih menjadi pengganti di Stadium La Cartuja, yang membenarka­n sejumlah 12,517 penonton hadir pada cuaca panas dengan suhu mencecah lebih 30 darjah Selsius.

Sepak mula tertangguh seketika apabila jaring salah satu pintu gol dibaiki.

Sebaik sepak mula, Sepanyol mengepung pintu gol Sweden pad 10 minit pertama, melakukan 100 hantaran berbanding hanya 13 oleh Sweden.

Namun selepas dua puluh minit, Sweden mula mengimbang­i permainan dan berjaya memasuki kawasan Sepanyol walaupun Sepanyol tetap mengawal bola dengan pantas.

Peluang terbaik untuk Sepanyol ialah apabila Morata mendapat bola dalam kotak penalti tetapi beliau melakukan penyudah yang hambar.

Tiada perbezaan berlaku dalam separuh masa kedua dengan Sepanyol terus menguasai bola tetapi penyudah terus hambar sebelum Sweden terus bertahan sehingga ke wisel penamat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERBANG DI UDARA: Pemain tengah Sepanyol Rodri (dua kanan) menanduk bola melepasi pemain tengah Sepanyol Ferran Torres (tiga kanan), penyerang Sweden Marcus Berg (empat kanan) dan pemain tengah Sepanyol Ferran Torres (kanan) pada perlawanan Euro 2020 Kumpulan E di antara Sepanyol dan Sweden di Stadium La Cartuja di Sevilla, kelmarin.
— Gambar AFP TERBANG DI UDARA: Pemain tengah Sepanyol Rodri (dua kanan) menanduk bola melepasi pemain tengah Sepanyol Ferran Torres (tiga kanan), penyerang Sweden Marcus Berg (empat kanan) dan pemain tengah Sepanyol Ferran Torres (kanan) pada perlawanan Euro 2020 Kumpulan E di antara Sepanyol dan Sweden di Stadium La Cartuja di Sevilla, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia