Utusan Borneo (Sarawak)

Federer atasi Ivashka mara ke pusingan kedua

-

HALLE WESTFALEN: Roger Federer melangkah ke pusingan kedua kejohanan ATP Halle di permukaan rumput pada Isnin apabila mudah menewaskan pemain kelayakan, Ilya Ivashka.

Federer, yang akan mencecah usia 40 tahun pada bulan Ogos ini, tidak mempunyai beberapa masalah pada perlawanan pertama beliau di permukaan rumput musim ini untuk kemenangan 7-6(7/4) dan 7-5 ke atas Ivashka, pemain ranking ke90 dunia dari Belarus.

Federer, yang diletakkan sebagai pilihan kelima di Halle, akan bertemu sama ada jaguh dari Kanada, Felix Auger-Aliassime atau Hubert Hurkacz dari Poland di pusingan kedua.

“Ada ruang untuk peningkata­n tetapi saya gembira dengan perlawanan pertama saya di permukaan rumput. Ia menarik sekali,” kata Federer, yang ketika ini berada pada ranking kelapan dunia dan memburu kejuaraan ke11 beliau di Halle.

Selepas menjalani dua pembedahan di lutut kanan pada 2020, Federer, yang memiliki 20 kejuaraan Grand Slam, menarik diri di pusingan keempat Terbuka Perancis minggu lepas untuk mendapatka­n rehat tambahan.

Jaguh dari Switzerlan­d itu menggunaka­n kejohanan di Halle sebagai persediaan untuk memburu kejuaraan kesembilan beliau di Wimbledon, yang bermula 28 Jun ini.

Federer tidak mempunyai masalah bergerak dalam gelanggang dan apabila set pertama berlarutan ke permainan tiebreak, beliau mendahului selesa 6-1 sebelum memerlukan empat mata akhir untuk menamatkan set pertama.

Federer juga diberi tentangan pada set kedua tetapi akhirnya menang dalam masa satu jam dan 36 minit.

Pada perlawanan lain, Corentin Moutet dari Perancis, meneruskan kemaraan selepas lawannya yang juga pilihan ketujuh kejohanan dari Belgium, David Goffin, menarik diri kerana kecederaan pada awal set ketiga ketika kedudukan 1-6, 7-5.

Pemain dari Australia, Jordan Thompson, juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Daniel

Altmaier dari Jerman 6-2 dan 7-6(7/4).

Pilihan keenam, Roberto Bautista Agut dari Sepanyol, tersingkir awal apabila tewas 6-3 dan 7-6(7/0) kepada Sebastian Korda dari Amerika

Syarikat (AS).

Selepas tewas kepada Novak Djokovic di final Terbuka Perancis pada Ahad, Stefanos Tsitsipas menarik diri dari kejohanan Halle kerana keletihan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Vargas diusung keluar padang pada perlawanan Copa Amerika di antara Chile dan Argentina di Stadium Nilton Santos di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin.
— Gambar AFP CEDERA: Vargas diusung keluar padang pada perlawanan Copa Amerika di antara Chile dan Argentina di Stadium Nilton Santos di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin.
 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia