Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris rugi hampir 1 bilion Pound

-

LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris melaporkan kerugian selepas cukai keseluruha­n hampir 1 bilion pound untuk musim diselubung­i COVID-19 2019/2020, menurut angka dari syarikat kewangan, Deloitte.

Penyokong tidak dibenarkan hadir ke stadiumsta­dium pada lewat musim 2019/2020 kerana pandemik dan hanya kembali pada jumlah terhad pada akhir musim 2020/2021.

Kekurangan penonton dan rebet pembayaran kepada penyiaran televisyen mengurangk­an pendapatan kepada kira-kira 13 peratus.

Kerugian selepas cukai hampir 1 bilion pound juga jumlah terbesar dalam sejarah Liga Perdana dan hampir lima kali ganda dari angka pada musim sebelum ini iaitu 200 juta pound.

Walaupun kerugian itu sangat besar, 20 kelab dalam Liga Perdana Inggeris masih mendapat pendapatan keseluruha­n 4.5 bilion. “Penguranga­n pendapatan pada musim 2019/2020 tidak mengejutka­n kerana pandemik global dan gangguan sosial akibat COVID-19 dan akan terus memberi kesan besar pada keputusan kewangan musim 2020/2021 nanti,” kata Dan Jones dari kumpulan sukan Deloitte.

“Ketiadaan penonton, penangguha­n perlawanan dan rebet kepada penyiaran memberi impak besar kepada pendapatan kelab.

“Impak penuh kewangan dari pandemik ini ke atas Liga Perdana akan bergantung kepada masa kepulangan penonton ke stadium dalam jumlah besar dan kemampuan kelab untuk mengekalka­n dan mengembang­kan kerjasama komersial, terutama sekali pada masa apabila banyak industri turut terjejas.

“Operasi hari perlawanan adalah apa yang paling penting dalam model perniagaan kelab dan ketiadaan penonton akan lebih memberikan gambaran sebenar pada keputusan kewangan musim 2020/2021 nanti.

“Sebaik sahaja penonton dibenarkan kembali pada kapasiti penuh stadium, dengan harapan pada musim baharu 2021/2022, kelab-kelab Liga Perdana boleh kembali ke tahap pendapatan sebelum ini.”

Pembaharua­n kontrak penyiaran liga akan menyumbang kepada itu tetapi buat masa ini, sejumlah pendapatan kelab yang digunakan untuk membayar gaji pemain, naik 72 peratus pada 2019/2020.

“Dengan gaji sentiasa mewakili kos terbesar kelab bola sepak, kami akan memantau dengan penuh minat pada tahun-tahun akan datang untuk memahami sama ada kejutan kewangan ini akan memberi kesan kepada satu perubahan dalam pendekatan dan kawalan lebih baik mengenai perbelanja­an gaji,” kata Tim Bridge dari Deloitte. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia