Utusan Borneo (Sarawak)

Cavani dijangka kembali ke Amerika Selatan akhir musim hadapan

-

MONTEVIDEO: Penyerang Manchester United, Edinson Cavani, berkata pada Isnin bahawa beliau dijangka kembali ke Amerika Selatan pada akhir musim hadapan.

Bulan lepas, Cavani menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menandatan­gani kontrak baharu satu tahun bersama United, sesuatu yang menggembir­akan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dan juga penyokong kelab.

Penyerang berusia 34 tahun itu cukup popular pada musim pertamanya apabila menjaringk­an 17 gol, termasuk 10 gol pada 10 perlawanan terakhir.

“Saya membuat keputusan untuk bermain satu musim lagi. Saya fikir ada pasukan yang bagus di sini dan ia adalah salah satu sebab untuk terus kekal,” kata Cavani semasa sidang video di Montevideo menjelang perlawanan pertama Uruguay dalam Copa Amerika Jumaat ini.

Tetapi beliau mengakui ejennya ada berhubunga­n dengan kelab-kelab di Amerika Selatan untuk kemungkina­n kembali bermain di sana.

“Ada rundingan. Abang saya (dan ejen) ada berbincang... semua itu lumrah dalam bola sepak,” kata beliau, yang belum bermain untuk kelab di Amerika Selatan sejak meninggalk­an kelab di tanahairny­a, Danubio, untuk ke Parma di Itali pada 2007.

“Tiada apa yang pasti tetapi saya fikir pada satu detik, saya akan kembali ke Amerika Selatan, saya akan bermain di sini.”

Bagaimanap­un, beliau mungkin tidak akan menyarung jersi kebangsaan Uruguay untuk lebih lama lagi.

Cavani adalah penjaring kedua terbanyak Uruguay, di belakang Luis Suarez tetapi beliau tidak dijangka akan terus beraksi bersama Uruguay selepas Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Sejujurnya, ia adalah apa yang saya fikirkan,” katanya. “Saya percaya setiap kehidupan manusia berasaskan objektif, keinginan untuk mencapai sesuatu dan mencapai sasaran tertentu.

“Dalam perspektif bola sepak, sasaran saya ialah bermain di peringkat kebangsaan dan secara amnya, bermain di Piala Dunia di Qatar dan dari situ, akan berundur dan mengabadik­an diri kepada keluarga saya dan sebagainya.

“Saya fikir ini adalah ‘tarian terakhir’ saya.”

Cavani adalah salah seorang dari ramai pemain yang membantah bermain di Copa Amerika semasa pandemik COVID-19 tetapi beliau sekarang berkata keputusan telah dibuat untuk kejohanan diteruskan dan beliau akan memberikan segalagala­nya.

“Dari awal, ia adalah lebih bagus untuk berhenti tetapi sejak saya faham kami akan tetap bermain, apa yang jelas di sini ialah kami harus memberikan segala-galanya,” kata beliau.

Uruguay menentang Argentina di Brasilia pada Jumaat untuk perlawanan Kumpulan

A. Mereka pernah memenangi kejohanan ini untuk rekod 15 kali. — AFP

 ??  ?? CAVANI
CAVANI
 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia