Utusan Borneo (Sarawak)

PENDEKATAN ‘SUNTIK DAHULU, DAFTAR KEMUDIAN’ BERKESAN

Hampir 2,000 divaksinas­i dalam tempoh empat hari di PPV Bergerak Dewan Masyarakat Bawang Assan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Cepat dan berkesan, dalam tempoh empat hari hampir 2,000 penduduk

” berjaya divaksin.

Dr Annuar Rapaee

JPBB Sibu

SIBU: Pendekatan ‘suntik dahulu, daftar kemudian’ diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memberi vaksin COVID-19 kepada penduduk di luar bandar menunjukka­n keberkesan­an.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, pendekatan itu mula diguna pakai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Dewan Masyarakat Bawang Assan yang berjaya memvaksina­si hampir 2,000 penduduk dalam tempoh empat hari.

“Cepat dan berkesan, dalam tempoh empat hari hampir 2,000 penduduk berjaya divaksin.

“Ini kaedah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mula diguna pakai di PPV Bergerak di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman media sosial Facebook miliknya, semalam.

Beliau sempat meluangkan masa melawat ke PPV Bergerak di Dewan Masyarakat Bawang Assan kelmarin meninjau dan melihat proses pemberian vaksin kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Kita akan tubuhkan lebih banyak pasukan PPV Bergerak. Lebih cepat kita capai imuniti kelompok, lebih cepat kita dapat menikmati kehidupan normal seperti sebelum ini,” jelasnya.

Sementara itu, Abang Johari pada sidang media di Kapit selepas melawat PPV Dewan Sri Balleh Khamis lalu mengumumka­n vaksinasi secara ‘walk-in’ hanya terbuka kepada penduduk luar bandar terpencil dan luar bandar Sarawak.

Katanya, menerusi kaedah ‘walk-in’ penduduk luar bandar di negeri ini tidak perlu bimbang untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanak­an sekarang.

“Mereka kini boleh mendapatka­n suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di PPV yang ditetapkan dan mendaftar selepas itu.

“Kaedah ini membantu kita mempercepa­t proses vaksinasi penduduk di Sarawak,” jelasnya.

Bagaimanap­un, penduduk tinggal di bandar masih perlu mengikuti prosedur pendaftara­n sedia ada.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Dr Annuar meninjau proses pemberian vaksin di PPV Dewan Masyarakat Bawang Assan kelmarin.
TINJAU: Dr Annuar meninjau proses pemberian vaksin di PPV Dewan Masyarakat Bawang Assan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia