Utusan Borneo (Sarawak)

CanSino sesuai untuk Sarawak

Sarawak sambut baik pengumuman beri kelulusan pendaftara­n bersyarat bagi vaksin perlu hanya satu dos pelalian

-

KUCHING: Sarawak menyambut baik pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memberikan kelulusan pendaftara­n bersyarat bagi produk vaksin yang memerlukan hanya satu dos pelalian.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, vaksin COVID-19 berdos tunggal tersebut iaitu Convidecia Recombinan­t Novel Coronaviru­s Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector), keluaran CanSino Biologics Inc, China, adalah sangat sesuai dengan senario penduduk luar bandar di Sarawak.

Sehubungan itu, Uggah menzahirka­n ucapan terima kasih kepada Kementeria­n Kesihatan Kesihatan (KKM) kerana membuat keputusan bijak dan cepat.

“Di Sarawak kita mempunyai penduduk yang tinggal serta berada di kawasan besar di pedalaman dan pengangkut­an menjadi masalah bahkan mahal.

“Justeru, vaksin COVID19 berdos tunggal seperti CanSino adalah bersesuaia­n dengan program vaksinasi bagi kumpulan ini,” ujarnya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurutnya juga, pasukan perubatan hanya perlu mengunjung­i lokasi sekali sahaja dan ia akan mengurangk­an perbelanja­an, masa perjalanan, kesulitan serta risiko yang timbul.

“JPBNS telah meminta kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan vaksin yang sesuai bagi Sarawak sebaik sahaja bekalan tersedia.

“Ini tentunya akan mempercepa­t sasaran negeri untuk menyelesai­kan program vaksinasi pada bulan Ogos tahun ini,” tambah Uggah.

Terdahulu KKM memaklumka­n, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang bersidang kelmarin (15 Jun) bersetuju memberikan kelulusan pendaftara­n bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua produk vaksin yang memerlukan hanya satu dos pelalian.

Ia merupakan Convidecia Recombinan­t Novel Coronaviru­s Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector), keluaran CanSino Biologics Inc, China (pemegang pendaftara­n produk: Solution Biologics Sdn Bhd) dan Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson yang telah diberi kelulusan Penyenarai­an Penggunaan Kecemasan (Emergency Use Listing atau EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM juga memaklumka­n bahawa kelulusan pendaftara­n bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarka­n data-data terkini dari semasa ke semasa.

Ia bagi memastikan perbanding­an manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Sehubungan itu, KKM menyatakan pihaknya sentiasa memperting­katkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

Di Sarawak kita mempunyai penduduk yang tinggal serta berada di kawasan besar di pedalaman dan pengangkut­an menjadi masalah bahkan mahal.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Pengerusi JPBNS

 ??  ??
 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia