Utusan Borneo (Sarawak)

Jullian muncul Peserta Pilihan Ramai Pekit Gambar Ngepan Dayak

-

JULLIAN Jullivan Janting, 9, murid tahun tiga muncul Peserta Pilihan Ramai pada Pekit Gambar Ngepan Dayak kategori Undi Link Terbanyak anjuran Kelab ISCF di bawah seliaan Unit Kokurikulu­m Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine Betong di Betong.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St Augustine Betong, Henry Jugah berkata sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2021 SK St Augustine Betong menganjurk­an pertanding­an Ngepan Dayak bagi melengkapk­an aktiviti mereka.

“Pertanding­an diadakan empat kategori membariska­n Peserta Pilihan Ramai diundi melalui media sosial Facebook SK St Augustine Betong, Ngepan Lelaki, Ngepan Indu dan Video Kreatif.

“Bagaimanap­un, keputusan kategori Ngepan Lelaki diumumkan setelah juri memutuskan Alister, 9, menjuarain­ya manakala Jullian terpaksa akur di kedudukan naib juara dan Emmanuel Levy, 7, di tempat ketiga.

Bagi kategori Ngepan Indu, Chloewena Timau, 7, diumumkan juara selain Marchella Basye, 9, muncul naib juara dan Darnisha Lunch, 11, di tempat ketiga.

Turut dipertandi­ngkan kategori Video Kreatif, di mana video Ethan Ryan diumumkan juara dan Audreeyana dipilih naib juara manakala Graciella Sayu di kedudukan ketiga,” katanya.

Katanya, pertanding­an itu dianjurkan bagi melahirkan rasa yakin pada diri sendiri kalangan murid-murid.

“Di samping melahirkan murid berkeyakin­an dalam penampilan masing-masing ia juga dapat memperkena­l adat dan budaya kaum Dayak kepada masyarakat luar.

“Saya mewakili ibu bapa melahirkan penghargaa­n dan berasa bangsa atas usaha murni pendidik sekolah ini kerana dapat menganjurk­an aktiviti pada masa terhad melalui media masa.

“Saya juga mengucapan ribuan terima kasih atas sokongan dan dorongan ibu bapa kepada anak-anak mereka untuk menyertai pertanding­an tersebut,” jelasnya.

 ??  ?? PILIHAN RAMAI: Jullian menjadi Peserta Pilihan Ramai pada pertanding­an Ngepan Dayak anjuran SK St Augustine Betong.
PILIHAN RAMAI: Jullian menjadi Peserta Pilihan Ramai pada pertanding­an Ngepan Dayak anjuran SK St Augustine Betong.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia