Utusan Borneo (Sarawak)

Mahu Terengganu kembali meriah, pengusaha bot penambang ambil vaksin

-

RESAH mengenangk­an hampir dua tahun ‘bergeluman­g’ dengan pandemik COVID-19 yang menyebabka­n pendapatan terjejas teruk, seorang pengusaha bot penambang nekad mendapatka­n suntikan vaksin, sebagai usaha menghentik­an penularan jangkitan itu.

Razali Abdul Ghani, 71, berkata,beliaumeng­etepikan perasaan takut ekoran pelbagai persepsi negatif mengenai vaksin yang didengarin­ya, dan mengambil suntikan tersebut kerana mahu melihat Terengganu kembali meriah dengan kehadiran ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

“Mula-mula takut juga sebab ada orang cerita macam-macam pasal vaksin. Tetapi selepas pakcik sendiri menerima suntikan tanpa mengalami kesan sampingan yang teruk, jadi apa yang pakcik fikir mengenai vaksin kini telah berubah. Kita jangan lekas percaya dengan berita-berita palsu mengenai vaksin.

“Pakcik pun nasihatkan mereka di luar sana terutama yang bekerja seperti pakcik, supaya segera mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin, kerana kerja kami ini berhadapan dengan ramai orang dan pelancong yang akan datang dari pelbagai tempat, jadi kami perlu ada perlindung­an diri, iaitu vaksin,” katanya kepada Bernama, di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.

Razali yang mengusahak­an bot penambang sejak 1969 berkata, beliau mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahter­a April lepas dan telah mendapatka­n suntikan pertama pada 2 Jun serta dijadual mendapat suntikan kedua pada 23 Jun.

Beliau berkata, keputusann­ya untuk mendapatka­n suntikan vaksin itu dianggap sebagai sumbangan kecilnya, dalam membantu menghentik­an penularan jangkitan tersebut di Malaysia, dan beliau ingin kehidupann­ya kembali seperti sedia kala.

“Selalunya petang-petang begini pakcik akan sibuk membawa penumpang yang kebanyakan­nya pelancong yang ingin merasai pengalaman menyusuri Sungai Terengganu. Pendapatan pun agak banyak iaitu antara RM60 dan RM70 sehari.

“Tetapi sekarang ini sangat sunyi. Penumpang yang ada hanya penduduk sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Itu pun tidak ramai. Kalau sehari boleh dapat dalam RM10 hingga RM20 pun sudah cukup bersyukur,” katanya.

Sementara itu penarik beca Abdullah Mohamad, 66, mengakui, belum mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin kerana kurang arif menggunaka­n telefon pintar, tetapi berasa tidak sabar untuk mendapatka­n suntikan tersebut setelah mendengar pengalaman rakan-rakannya yang telah divaksinka­n.

“Ramai juga pengayuh beca di sini yang belum daftar kerana kami tidak tahu bagaimana. Harap dalam masa terdekat ini, ada yang membantu kami untuk daftar.

“Vaksin COVID-19 sangat penting, supaya kami lebih yakin berhadapan dengan orang ramai dan pelancong, apatah lagi kebanyakan pengayuh beca di negeri ini kebanyakan­nya warga emas yang berisiko tinggi,” kata Abdullah yang telah menjadi pengayuh beca selama 40 tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BELUM DAFTAR: Abdullah ketika ditemubual mengakui belum mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin kerana kurang arif menggunaka­n telefon pintar tetapi berasa tidak sabar untuk mendapatka­n suntikanva­ksin COVID-19 setelah mendengar pengalaman rakan-rakannya yang telah divaksinka­n.
— Gambar Bernama BELUM DAFTAR: Abdullah ketika ditemubual mengakui belum mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin kerana kurang arif menggunaka­n telefon pintar tetapi berasa tidak sabar untuk mendapatka­n suntikanva­ksin COVID-19 setelah mendengar pengalaman rakan-rakannya yang telah divaksinka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia