Utusan Borneo (Sarawak)

RONALDO TERUS MELAKAR NAMA

Telah jaring 11 gol dalam Kejohanan Euro 2020 ketika Portugal bangkit untuk mengatasi Hungary 3-0

-

Ia penting untuk memulakan kejohanan dengan langkah kanan dalam usaha untuk mendapat

” keyakinan.

BUDAPEST: Cristiano Ronaldo menjaringk­an dua gol untuk menjadi penjaring gol terbanyak pada Kejohanan Eropah (Euro) ketika Portugal menjaringk­an tiga gol lewat untuk menewaskan Hungary 3-0 pada perlawanan pembukaan mereka dalam Kumpulan F di Puskas Arena di sini.

Portugal, juara bertahan kejohanan, yang kelihatan memiliki skuad yang lebih kuat ketika memenangi kejuaraan antarabang­sa pertama mereka lima tahun yang lalu, dipaksa bekerjaker­as hampir sepanjang perlawanan di Budapest pada Selasa.

Tetapi Raphael Guerreiro memecah kebuntuan pada minit ke-84 sebelum Ronaldo menyempurn­a penalti tidak lama selepas itu dan melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan.

“Ia penting untuk memulakan kejohanan dengan langkah kanan dalam usaha untuk mendapat keyakinan,” kata Ronaldo.

“Sekarang kami harus meneruskan rentak dan memenangi perlawanan seterusnya.”

Penyerang kelab Juventus itu sudah menjaringk­an 11 gol pada kejohanan ini, dua gol lebih banyak berbanding bintang legenda Perancis, Michel Platini, yang menjaringk­an sembilan gol ketika membimbing Perancis muncul juara pada 1984.

Cristiano Ronaldo

Ronaldo, 36, kini kurang tiga gol dari menyamai rekod gol terbanyak antarabang­sa sepanjang zaman, yang dimiliki penyerang Iran, Ali Daei dengan 109 gol.

Ronaldo memilih venue dengan jumlah penonton terbanyak pada kejohanan ini untuk mengatasi rekod Platini, dengan Budapest adalah satu-satu venue pada Euro 2020 yang tidak mempunyai had penonton ekoran pandemik COVID-19.

Puskas Arena mempunyai kapasiti hampir 68,000 penonton pada perlawanan itu.

“Kami tidak selayaknya tewas 0-3, dengan sedikit tuah, kami mungkin boleh berkongsi mata tetapi ia adalah satu pengalaman sangat berharga,” kata penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos, memilih untuk menurunkan Diogo Jota dan Bernardo Silva bersama-sama Ronaldo di jentera serangan, dengan Joao Felix bermula di bangku simpanan.

Ronaldo mencipta peluang kepada Bernardo Silva pada minit ke-28 tetapi Silva terlalu lama membawa bola, membolehka­n Willi Orban melakukan bentesan kemas.

Hungary tidak memberikan banyak ancaman walaupun ada mencemaska­n sedikit pertahanan Portugal sebelum rehat apabila tandukan Adam Szalai dari satu tendangan percuma terlalu hampir dengan penjaga gol Portugal, Rui Patricio.

Portugal memulakan separuh masa kedua dengan rentak yang sama dan menyedari kegagalan mencapai kemenangan

Penyerang Portugal

akan menyukarka­n peluang mereka dalam kumpulan maut itu, dengan tandukan Pepe ditepis Gulacsi.

Ketika Portugal terus gagal menyempurn­akan peluang, Hungary semakin yakin untuk bertahan dan mengintai satu mata berharga sehinggala­h pemain gantian, Rafa Silva melihat umpanan beliau disempurna­kan Guerreiro pada minit ke-84.

Gol itu membakar semangat Portugal dan tiga minit kemudian, Rafa Silva dikasari dalam kotak penalti, membolehka­n Ronaldo menambah koleksi gol beliau di Eropah pada hari di mana beliau sudah mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang bermain pada lima edisi Euro.

Ronaldo mencipta satu lagi rekod apabila menjaringk­an gol kedua peribadi untuk gol terbanyak kejohanan dan gol ke-106 beliau untuk Portugal. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERLAWANAN TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Euro 2020 di antara Hungary dan Portugal di Puskas Arena di Budapest.
— Gambar AFP PERLAWANAN TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Euro 2020 di antara Hungary dan Portugal di Puskas Arena di Budapest.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia