Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI BERJAYA DIPUJUK BATAL NIAT BUNUH DIRI

-

KUCHING: Seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan perasaan berjaya diselamatk­an dalam cubaan bunuh diri di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC), semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengambil masa sejam lebih untuk memujuk mangsa yang berada di atas bangunan komersial empat tingkat.

Menurutnya, lelaki itu berusia 34 tahun dan berasal dari Sri Aman.

“Bomba terima panggilan mengatakan seorang lelaki cuba bunuh diri dan berada di luar bangunan komersial empat tingkat.

“Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang terus ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat,” katanya.

Laporan berhubung kejadian diterima jam 6.24 pagi dan mangsa berjaya dipujuk sekitar jam 8 pagi.

“Turut sama memujuk mangsa adalah ibunya sendiri,” katanya.

Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? PUJUK: Mangsa berjaya diselamatk­an
anggota bomba.
PUJUK: Mangsa berjaya diselamatk­an anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia