Utusan Borneo (Sarawak)

50,000 VAKSIN SEHARI

Setakat ini 45,291 suntikan vaksin sehari dan sasaran mampu dicapai menerusi penambahan PPV.

- Oleh Jessica Jawing

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan menyasarka­n 50,000 suntikan vaksin COVID-19 sehari di Sarawak.

Menurutnya, setakat ini 45,291 suntikan vaksin sehari mampu dicapai dan angka ini diyakini mampu dicapai menerusi penambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Selain pembukaan lebih banyak PPV, Sarawak juga akan menerima bekalan vaksin berterusan yang dijangka mampu mempercepa­tkan proses vaksinasi.

Malah, kaedah ‘suntik dulu, daftar kemudian’ digunakan di beberapa tempat di luar bandar mampu merealisas­ikan sasaran mencapai 80 peratus warga Sarawak divaksin menjelang Ogos.

“Dari sudut logistik pasukan bergerak ditubuhkan termasuk menggunaka­n pengangkut­an air seperti bot ke rumah panjang berdekatan, kedua menerusi jalan raya yang ada akses dan juga menggunaka­n doktor udara.

“Kesemua logistik ini ditanggung oleh kerajaan negeri kerana kita mahu memberi perkhidmat­an kepada rakyat agar semua dapat menerima vaksinasi,” katanya.

Pada sidang media sempena lawatan ke PPV Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam, beliau berkata setakat ini sebanyak 121 PPV hospital kerajaan, 80 PPV pengamal perubatan am swasta (GP) dan 12 PPV swasta beroperasi di Sarawak.

Mengenai PPV di UNIMAS, beliau berkata ini akan mempercepa­tkan program imunisasi di seluruh Sarawak khasnya di Kuching dan Samarahan.

Dengan kepakaran dan tenaga kerja yang ramai di PPV berkenaan ia diyakini mampu mempercepa­tkan program sekali gus mencapai sasaran pemberian vaksin kepada rakyat Sarawak oleh kerajaan negeri.

“Di PPV UNIMAS mereka berjaya melaksanak­an 1,000 suntikan vaksin sehari sejak dibuka (Isnin) dan ia ditambah kepada 3,000 suntikan sehari pada hari ini. Ini bermakna ada peningkata­n lebih 100 peratus dan dianggarka­n pada Jumaat ini, ia dapat memberi 5,000 suntikan dalam satu hari,” katanya.

PPV UNIMAS juga mempunyai 600 tenaga kerja dengan 150 orang daripadany­a adalah berlatar belakang perubatan termasuk doktor dan jururawat manakala 450 orang lagi bukan daripada latar belakang perubatan termasuk pelajar dan sukarelawa­n - membantu mengendali­kan proses vaksinasi.

“Kita ucapkan terima kasih kepada pengurusan UNIMAS dan tenaga kerja mereka kerana menyahut kehendak kerajaan untuk menambah PPV dan UNIMAS mempunyai kepakaran tertentu dalam mengendali­kan sistem vaksin ini,” ujarnya.

PPV berkenaan dibuka di Dewan Delima iaitu satu dewan di dalam Dewan DeTAR PUTRA, UNIMAS.

PPV UNIMAS membabitka­n tiga bahagian utama iaitu 20 kaunter untuk pendaftara­n, 12 kaunter vaksinasi dan 10 kaunter pemantauan.

Hadir sama pada lawatan itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

 ?? — Gambar Penerangan ?? PROSES: Abang Johari menyaksika­n proses vaksinasi di PPV UNIMAS sempena lawatannya semalam.
— Gambar Penerangan PROSES: Abang Johari menyaksika­n proses vaksinasi di PPV UNIMAS sempena lawatannya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia