Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA IBADAH KORBAN DI SARAWAK TAHUN INI

-

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan menangguhk­an pelaksanaa­n ibadah korban bagi tahun 1442H/2021M di seluruh Sarawak.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, keputusan itu dibuat susulan MIS berpendapa­t penjagaan nyawa (hifzun nafs) harus diutamakan, selain mengelak kemudarata­n kesan daripada pandemik COVID-19 yang masih kritikal di Sarawak.

Menurut MIS juga, pihaknya amat menghargai peningkata­n kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini tentang tuntutan melaksanak­an ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Bagaimanap­un, berdasarka­n keputusan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak yang bersidang pada 5 Zulkaedah 1442H (15 Jun 2021), MIS memutuskan pelaksanaa­n ibadah korban bagi tahun 1442H/2021M hendaklah ditangguhk­an.

“Justeru, MIS menyeru agar umat Islam terus bersabar dan terus beristiqam­ah memelihara perintah Allah SWT, menjauhi dosa dan maksiat, memperbany­akkan istighfar memohon keampunan Allah SWT serta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan bertawakal kepada-Nya,”ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia