Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga India ditangkap kerana memiliki dadah ketika berparti liar

-

KUCHING: Seorang lelaki warga India ditangkap kerana memiliki dadah jenis serbuk dan pil ekstasi dalam satu parti liar di sebuah pusat karaoke di Batu Kawa pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditangkap bersama sembilan lagi lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun.

Menurutnya, suspek warga India terbabit merupakan pekerja di premis hiburan tersebut dan sembilan lagi suspek merupakan pelanggan.

"Pemeriksaa­n lanjut ke atas suspek telah menjumpai 766.68 gram serbuk ekstasi dan 53 biji pil estasi bernilai sekitar RM13,554.

"Susulan itu, suspek kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya juga, empat lagi suspek yang ditahan dalam operasi sekitar jam 5 petang itu juga didapati positif dadah dan mereka turut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu, sebanyak RM36,000 kompaun dikeluarka­n dalam operasi tersebut selepas didapati kesemua pelanggan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sembilan pelanggan yang berada di dalam premis turut dikompaun RM4,000 seorang," katanya.

Kompaun yang dikenakan perlu dijelaskan kepada Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarka­n.

 ??  ?? BANTERAS: Siasatan dilakukan anggota operasi di premis hiburan tersebut.
BANTERAS: Siasatan dilakukan anggota operasi di premis hiburan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia