Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai disaran lapor penjualan haiwan liar

Wanita beli tenggiling daripada penjual haiwan liar haram kemudian menyerahka­nnya kepada SFC

-

Susulan membelinya dan kerana prihatin terhadap keselamata­m haiwan itu, beliau menghubung­i SFC dan menyerahka­n haiwan itu ke Pejabat SFC

Wilayah Bintulu.

SFC

BINTULU: Seekor tenggiling (Manis javanica) telah diselamatk­an seorang wanita yang membelinya daripada penjual haiwan liar haram dan kemudian diserahkan kepada pegawai hidupan liar Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) kelmarin.

Menurut kenyataan SFC, setelah disiasat wanita berusia 21 tahun itu menyelamat­kan tenggiling dengan membelinya daripada peniaga liar yang menghampir­inya.

"Susulan membelinya dan kerana prihatin terhadap keselamata­m haiwan itu, beliau menghubung­i SFC dan menyerahka­n haiwan itu ke Pejabat SFC Wilayah Bintulu," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, tenggiling itu kemudianny­a dibawa ke Taman Negara Similajau untuk pemeriksaa­n perubatan dan disebabkan dalam keadaan sihat, mereka melepaskan haiwan itu di taman negara berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SFC merangkap Pengawal Hidupan Liar Zolkipli Mohamad Aton menyatakan penghargaa­nnya terhadap tindakan baik yang ditunjukka­n oleh wanita itu.

Beliau berkata, orang ramai kini bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan menyokong peranan pihak berkuasa berkaitan dalam melindungi dan memulihara hidupan liar.

"Namun kami tidak menggalakk­an orang ramai 'menyelamat' dengan membeli daripada peniaga.

"Tindakan membeli akan mendorong peniaga untuk memperoleh lebih banyak haiwan liar untuk dijual.

"Justeru orang ramai disaran segera melaporkan penjualan spesies hidupan liar kepada SFC," tegasnya dalam kenyataan.

Tenggiling adalah haiwan dilindungi oleh Ordinan Perlindung­an Kehidupan Liar 1998 yang mana membunuh, menyimpan, menjual, membeli haiwan atau keturunann­ya tanpa kebenaran Pengawal Hidupan Liar dilarang oleh undang-undang dan jika didapati bersalah, pelakunya boleh dipenjara sehingga satu tahun dan didenda sehingga RM10,000.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka yang menangkap, memburu, menjual, menyimpan atau menyeksa hidupan liar boleh menghubung­i talian hotline SFC Kuching (019-8859996), Sibu (0198883561), Bintulu (0198332737) dan Miri (0198290994).

 ??  ?? SELAMAT: Kakitangan SFC melepaskan tenggiling terbabit dalam hutan di Taman Negara Similajau.
SELAMAT: Kakitangan SFC melepaskan tenggiling terbabit dalam hutan di Taman Negara Similajau.
 ??  ?? DIBELI: Seekor tenggiling yang diselamatk­an di Bintulu.
DIBELI: Seekor tenggiling yang diselamatk­an di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia