Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Marin Bintulu rampas 1,600 liter diesel seludup

-

BINTULU: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Bintulu berjaya merampas 1,600 liter diesel seludup yang dianggarka­n bernilai RM3,440 dalam pemeriksaa­n yang dijalankan di Kilometer 20, Jalan Bintulu-Tatau dekat sini, pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPMW5 Sarawak ASP Ezuandi Bahadin berkata, semasa menjalanka­n Ops Kontraban di laluan berkenaan sekitar jam 11 pagi, pasukannya menahan sebuah kenderaan pikap yang berada dalam keadaan mencurigak­an.

"Pemeriksaa­n yang dijalankan menjumpai sebuah tangki plastik dan tiga tong dram yang sarat dengan muatan bahan bakar berkenaan," jelas beliau.

Katanya, hasil semakan yang dijalankan mendapati pemandu pikap terbabit yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 20-an gagal mengemukak­an sebarang dokumen kebenaran bagi memiliki atau membawa minyak diesel daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna (KPDNHEP) Bintulu.

Katanya, laporan polis sudah dibuat berhubung tangkapan sebelum diserahkan kepada pihak KPDNHEP Bintulu untuk tindakan selanjutny­a.

Kes ini akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 KPDNHEP.

Kenderaan 4WD terbabit yang dianggarka­n bernilai RM90,000 disita manakala satu unit pam minyak elektrik di dalamnya yang bernilai RM500 turut dirampas sebagai bahan bukti kes.

 ??  ?? OPS KONTRABAN: Sebuah pikap yang sarat dengan muatan minyak diesel dirampas pasukan PPMW5 Bintulu dalam tangkapan yang dijalankan di Kilometer 20, Jalan Bintulu-Tatau pagi kelmarin.
OPS KONTRABAN: Sebuah pikap yang sarat dengan muatan minyak diesel dirampas pasukan PPMW5 Bintulu dalam tangkapan yang dijalankan di Kilometer 20, Jalan Bintulu-Tatau pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia