Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Penyelidik­an Penyakit Berjangkit Sarawak akan dibina

Tapak projek itu kini telah dikenal pasti iaitu berdekatan Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan

- Oleh Jessica Jawing

Semalam kita telah meluluskan sebuah tapak berdekatan Hospital Jantung HUS untuk pusat penyelidik­an penyakit berjangkit ini dan kerja-kerja pembinaan akan bermula tahun ini iaitu

” dalam masa terdekat.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KOTA SAMARAHAN: Projek pembinaan Pusat Penyelidik­an Penyakit Berjangkit Sarawak akan memulakan kerja-kerja pembinaan dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, ia susulan daripada tapak projek itu kini telah dikenal pasti iaitu berdekatan Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

“Semalam kita telah meluluskan sebuah tapak berdekatan Hospital Jantung HUS untuk pusat penyelidik­an penyakit berjangkit ini dan kerja-kerja pembinaan akan bermula tahun ini iaitu dalam masa terdekat.

“Kita menyasarka­n tiga tahun penyiapan tetapi disebabkan pusat ini sudah pasti memerlukan infrastruk­tur seperti makmal maka ia bergantung kepada kajian oleh profesiona­l.

“Untuk ini kerajaan negeri telah meluluskan RM200 juta bagi membangunk­an pusat bertaraf antarabang­sa yang berdasarka­n beberapa model termasuk dari Singapura,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, pusat berkenaan akan dibangunka­n

bersama oleh pakar dari UNIMAS termasuk Profesor Datuk Dr Andrew Kiyu Dawie dan bekas Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Jamilah Hashim serta badan antarabang­sa yang bertindak untuk mengendali­kannya.

Beliau berkata, dengan adanya pusat berkenaan ia akan membolehka­n Sarawak khasnya bertindak lebih cepat dalam usaha mengenal pasti wabak penyakit yang akan datang selain vaksin.

“Kita kaya dengan sumber dan biodiversi­ti cuma sekarang kita mahu kepakaran dalam membangunk­an pusat ini termasuk dari UNIMAS dan antarabang­sa.

“Kita perlu melangkah ke hadapan dalam polisi kita khasnya dalam kita menangani pandemik yang berbeza pada masa akan datang,” katanya.

Abang Johari berkata, pada tahun lepas kerajaan negeri telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidik­an penyakit berjangkit yang juga pertama seumpamany­a di Malaysia.

Hadir sama lawatan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

 ?? Penerangan
— Gambar ?? LAWATAN: Abang Johari semasa mengadakan lawatan ke PPV UNIMAS sambil diiringi Uggah (tiga kiri) dan Kadim (kiri).
Penerangan — Gambar LAWATAN: Abang Johari semasa mengadakan lawatan ke PPV UNIMAS sambil diiringi Uggah (tiga kiri) dan Kadim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia