Utusan Borneo (Sarawak)

Percepat vaksinasi COVID-19 bagi orang berkeperlu­an khas: Fatimah

-

SIBU:Programvak­sinasiCOVI­D-19 bagi orang berkeperlu­an khas diharap dapat dijalankan di bahagian-bahagian lain di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini bagi memastikan mereka tidak terpinggir daripada menerima suntikan vaksin tersebut.

“Dalam jadual vaksinasi, selain individu atau warga emas yang berada di institusi kebajikan seperti Rumah Sri Kenangan dan pusat jagaan, orang berkeperlu­an khas yang tidak berada di institusi kebajikan atau pusat jagaan perlu diberikan suntikan vaksin,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan tinjauan proses pemberian vaksin di Pusat Agape Sibu, di sini semalam.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, inisiatif vaksinasi yang dijalankan Pusat Agape Sibu serta disokong oleh Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu dan Hospital Sibu untuk orang berkeperlu­an khas adalah satu kemudahan yang sangat baik.

“Pusat Agape Sibu dengan bantuan persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengumpulk­an orang berkeperlu­an khas untuk datang ke pusat ini di mana tempat ini tidak asing bagi mereka.

“Mereka yang datang ke sini diberikan suntikan vaksin COVID-19, begitu juga ibu bapa mereka yang masih belum menerimany­a, turut diberikan suntikan.

“Saya difahamkan jumlah yang disasarkan dalam tempoh tiga hari ini ialah seramai 750 orang,” ujarnya.

Selain orang berkeperlu­an khas, katanya, mereka juga memohon kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) dan jawatankua­sa yang bertanggun­gjawab terhadap program vaksinasi supaya memberikan peluang kepada guru dan pengasuh taska dan tadika swasta.

“Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, taska dan tadika swasta diberikan kebenaran beroperasi untuk memberikan perkhidmat­an menjaga anak-anak petugas barisan hadapan,” ujarnya, sambil memberitah­u terdapat 125 tadika dan 91 taska diberikan kebenaran beroperasi.

Sementara itu Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming memberitah­u, projek pembinaan bangunan latihan vokasional bagi orang berkeperlu­an khasyangte­rletakbers­ebelahan PusatAgape­Sibuyangme­nelan kos RM13 juta kini telah siap sebanyak 99 peratus.

“Kini hanya menunggu kelulusan Permit Menduduki (OP),” jelasnya.

Hadir sama ialah Pamanca Datuk Jason Tai, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun, Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Untuk Kanak-Kanak Istimewa Sibu Datuk Janet Lau dan Dr Toh Teck Hock.

 ??  ?? TIDAK TERPINGGIR: Fatimah (dua kiri) merakam kenangan bersama Toh Hong Hui, 35, (dua kanan) bersama ibunya, Pa Souk Eng dan bapa, Toh Kian Hin selepas menerima suntikan vaksin di Pusat Agape Sibu.
TIDAK TERPINGGIR: Fatimah (dua kiri) merakam kenangan bersama Toh Hong Hui, 35, (dua kanan) bersama ibunya, Pa Souk Eng dan bapa, Toh Kian Hin selepas menerima suntikan vaksin di Pusat Agape Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia