Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat 570 kes COVID-19, Kuching tertinggi

Terdapat enam kes kematian baharu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 364 orang

-

Daripada 570 kes baharu yang dilaporkan, 446 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 51 kes merupakan lain-lain

” saringan di fasiliti kesihatan.

KUCHING: Sarawak mencatat 570 kes baharu COVID-19 semalam dengan Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 98 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, kes-kes lain dikesan di Mukah (92), Sibu (82), Bintulu (46), Song (31), Sri Aman (31), Miri (25), Sarikei (23), Pakan (23), Serian (23), Matu (21), Kapit (16) dan Bau (15).

Turut merekodkan kes baharu Tatau (10), Lundu (7), Telang Usan (4), Tanjung Manis (3), Kanowit (3), Marudi (3), Bukit Mabong (3), Selangau (3), Tebedu (2), Beluru (2), dan masing-masing satu di Julau, Meradong, Asajaya dan Samarahan menjadikan jumlah keseluruha­n kes kini sebanyak 57,475.

“Daripada 570 kes baharu yang dilaporkan, 446 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID19

dan 51 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan.

“Manakala 36 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada, 36 kes lagi merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan satu kes import B,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat enam kes kematian baharu menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 364 orang.

Kesemua enam kematian yang dilaporkan membabitka­n lelaki berumur antara 45 hingga 76 tahun.

Empat daripada kes kematian ini dilaporkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan masing-masing satu di Hospital Mukah dan Bau.

Dalam pada itu terdapat 485 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj semalam menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat ini adalah seramai 47,211 orang.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,780 orang.

Manakala 570 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

JPBNS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia