Utusan Borneo (Sarawak)

MBA serah sumbangan kepada makmal molekular Hospital Miri

-

MIRI: Dalam usaha menyokong dan membantu menjayakan projek menaik taraf melibatkan pembesaran makmal molekular Hospital Miri, Persatuan Badminton Miri (MBA) turut tampil bersama menyampaik­an sumbangan semalam.

Sumbangan tersebut disampaika­n Setiausaha MBA Ling Lie Ping dan Bendahara MBA Ng Min Nah kepada wakil penerima Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.

MBA menerusi kenyataan media berkata, pihaknya amat menghargai usaha yang dikendalik­an di bawah platform ‘Kita Jaga Miri’ bagi membantu menampung peningkata­n ujian calitan COVID-19.

“Usaha sebegini juga memberi harapan kepada masyarakat setempat agar wabak ini dapat berakhir secepat mungkin dan kita boleh kembali menikmati kehidupan normal seperti biasa.

“Malah kita menghargai usaha terbabit yang melancarka­n projek berkenaan bagi meningkatk­an kerja-kerja berkaitan dengan wabak tersebut,” jelasnya.

Jawatankua­sa platform ‘Kita Jaga Miri’ dikendalik­an Sarawak Housing and Real Estate Developers (Cawangan Miri), Rotary Club of Miri Oil Town (RCMOT), Persekutua­n PersatuanP­ersatuan Cina Bahagian Miri (Seksyen Belia) dan Persatuan Peguambela Sarawak Miri.

Menurut MBA, usaha yang dilaksanak­an itu bukan kerana kerajaan tidak menyediaka­n kemudahan perubatan tambahan tetapi ia adalah atas keprihatin­an rakyat khususnya warga Miri dalam bersama tampil berganding bahu memutuskan rantaian wabak berkenaan.

MBA jelas kenyataan itu, telah merancang pelbagai aktiviti untuk ahli-ahlinya seperti berkunjung ke Marudi, Long Lama dan Niah pada tahun ini bagi melaksanak­an program latihan bersama pemain di kawasan berkenaan.

“Malah persatuan juga berharap dapat mengembang­kan lagi sukan badminton dan memupuk pemain yang lebih cemerlang.

“Namun disebabkan wabak terbabit, semua rancangan berkenaan terpaksa ditangguhk­an demi keselamata­n kesihatan,” katanya.

Justeru jelas MBA, masyarakat setempat diharapkan dapat tampil bersama memberikan sumbangan di samping memberi semangat kepada kakitangan barisan hadapan dalam memerangi wabak tersebut.

“Selain tampil memberi sumbangan, teruskan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan di luar dan sentiasa berwaspada.

“Seperti persatuan lain, MBA turut berharap dengan berakhirny­a wabak ini nanti kita dapat kembali menjalani rutin harian dan ahli serta pemain MBA dapat meneruskan latihan seperti biasa,” tambahnya.

 ??  ?? TERIMALAH: Ling (dua kiri) menyampaik­an sumbangan berkenaan kepada Ting sebagai wakil, sambil disaksikan Ng (kiri) serta yang lain.
TERIMALAH: Ling (dua kiri) menyampaik­an sumbangan berkenaan kepada Ting sebagai wakil, sambil disaksikan Ng (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia