Utusan Borneo (Sarawak)

LP Supplies & Services santuni petugas barisan hadapan

-

BINTULU: LP Supplies & Services Sdn Bhd menaja makanan yang disediakan Brew73 Degrees Gastropub kepada petugas barisan hadapan di hospital, sekatan jalan raya, pusat pemberian vaksin, polis, tentera semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, semalam.

Selain itu, mesin kabut, pensanitas­i tangan, bekalan harian, beberapa peralatan dan sebagainya telah disumbangk­an kepada Hospital Bintulu.

Dalam pada itu, sumbangan telah disampaika­n Pengarah Urusan LP Supplies & Services Sdn Bhd Awang Wahab kepada pihak Hospital Bintulu semalam.

Sumbangan makanan turut diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) serta untuk anggota polis dan tentera di lokasi sekatan jalan raya di Bintulu.

Pengarah LP Supplies &

Services Sdn Bhd Michael Lee berkata, ini merupakan waktu yang sukar bagi negara kita dalam menghadapi tempoh pandemik COVID-19.

“Disebabkan petugas barisan hadapan negara adalah mereka yang paling dekat setiap hari berjuang untuk memerangi pandemik ini maka memberi balik kepada komuniti di tempat kami beroperasi adalah sentiasa menjadi sebahagian daripada (tanggungja­wab) LP Supplies & Services Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Justeru katanya, inilah antara cara kita membantu melalui langkah kecil ini sebagai rakyat Malaysia dalam menghadapi tempoh masa sukar bersama.

 ??  ?? BANTUAN: Awang (tengah) menyerahka­n sumbangan kepada wakil Hospital Bintulu.
BANTUAN: Awang (tengah) menyerahka­n sumbangan kepada wakil Hospital Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia