Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lokaliti dikenakan PKPD berkuat kuasa 15 hingga 30 Jun

-

KUCHING: Tiga lokaliti di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) berkuat kuasa antara 15 hingga 30 Jun.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, PKPD ini membabitka­n Kuarters Pekerja Ladang Semai Mekar dan Kuarters GSS Port, Samalaju di Bintulu serta Kampung Serikin di Bau.

“PKPD membabitka­n Kampung Hulu Tambak di Betong pula ditamatkan hari ini (semalam) termasuk di Rumah Tajai, Nanga Sebiro,

Balleh, Rumah Nyamuk, Sungai Serau, Sungai Gaat, Rumah Rentap dan Rumah Laso, Nanga Entawau, Baleh di Bukit Mabong.

“Turut ditamatkan PKPD membabitka­n Rumah Empawie, Sungai Yong dan Rumah Ngelai Sungai Tisa, Sungai Yong di Kapit, Rumah Setia, Sembayang dan Rumah Senah, Sembayang Ban di Sri Aman, Rumah Sebastian Ngalang, Batu 6, Jalan Oya di Sibu dan Rumah Jalin, Sungai Masit di Julau,” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n daerah Marudi telah kembali kepada status Jingga

daripada status Merah dengan 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah berkurang kepada 29 daerah.

Manakala daerah Matu telah bertukar kepada status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan 30 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah meningkat kepada empat daerah, tujuh daerah berstatus Kuning dan tiada daerah berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia