Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi Pos Sempadan diteruskan sehingga penghujung 2021: Masing

-

KUCHING: Operasi Pos Sempadan akan diteruskan sehingga penghujung 2021 dalam usaha mengawal dan mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, ia susulan terdapat laporan menyatakan yang sebahagian PATI ini merupakan pesalah berulang.

“Kita perlu mencari jalan penyelesai­an untuk membendung masalah PATI yang memasuki Sarawak dan lebih kita bimbangkan adalah laporan menyatakan sebilangan besar PATI ini adalah pesalah berulang.

“Mereka (PATI) memasuki Sarawak melalui banyak jalan tikus di sepanjang sempadan kita dan apabila ditangkap serta dihantar kembali ke negara asal, mereka datang semula,” ujarnya menerusi satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Pengarah Imigresen Sarawak Datu Ken Leben mengatakan, dari

Januari hingga 15 Jun 2021 sebanyak 292 operasi telah dilakukan oleh pihaknya termasuk 29 dengan kerjasama pihak berkuasa lain.

Menerusi operasi ini, 1,169 PATI dilaporkan ditahan akibat pelbagai kesalahan termasuk kemasukan haram dan tinggal lebih tempoh di negara ini.

Pada tahun ini juga (2021), sejumlah sembilan majikan dan lapan tekong dilaporkan didakwa di mahkamah.

Mengulas lanjut, Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan itu berkata, sehingga dan kecuali Sarawak menutup atau menjaga jalan tikus di sini sepenuhnya, pesalah berulang tersebut akan terus melintasi sempadan.

“Pesalah berulang ini berasal dari Kalimantan dan ada yang datang dari Jawa atau Lombok.

“Dengan menghantar mereka kembali ke Kalimantan bukanlah jalan penyelesai­an kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal di sana.

“Sebab itulah mereka terus datang semula dan melintasi sempadan melalui jalan tikus berulang kali,” tegas Masing.

Dalam pada itu, Masing menyuaraka­n kebimbanga­nnya terhadap jumlah PATI yang memasuki Sarawak, walaupun terdapat peningkata­n ketara dalam penguatkua­saan operasi sekatan jalan raya di seluruh negeri.

“Apatah lagi dengan jumlah kes positif COVID19 masih dikesan setiap hari di Sarawak. Justeru, terdapat keperluan segera bagi kita mencapai keimunan gerompok,” katanya.

Terdahulu, Masing mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Keselamata­n Sempadan yang kelima di sini, semalam dengan agensiagen­si penguatkua­sa relevan termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, Jabatan

Perubatan Sarawak dan Residen dari semua bahagian di negeri ini berhubung isuisu kemasukan ke Sarawak menerusi sempadan darat.

Masing pada mesyuarat itu turut mengucapka­n tahniah kepada DCP Mancha Ata yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak berkuat kuasa 11 Jun, menggantik­an Datuk Fisol Salleh.

Beliau turut berkesempa­tan menzahirka­n ucapan terima kasih kepadaFiso­l yang berpindah ke Kontinjen Pulau Pinang dengan jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia