Utusan Borneo (Sarawak)

KTS bina pusat latihan vokasional untuk orang berkeperlu­an khas

-

SIBU: Kumpulan Syarikat KTS telah menetapkan penanda aras yang sangat tinggi untuk dijadikan contoh terbaik kepada badan korporat lain dengan pembinaan bangunan latihan vokasional bernilai RM13 juta untuk orang berkeperlu­an khas.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tepat pada masanya untuk latihan vokasional diberikan kepada orang dewasa kurang upaya bagi membolehka­n mereka berdikari dalam menjalani kehidupan harian.

Pada sidang media semalam selepas mengadakan tinjauan proses pemberian vaksin di Pusat Agape Sibu beliau berkata, latihan vokasional kepada mereka hanya diberikan menerusi organisasi masing-masing.

“Denganadan­yapembinaa­n bangunan latihan vokasional, Pusat Agape Sibu menerusi Persatuan Untuk KanakKanak Istimewa Sibu dapat menjangkau orang kurang upaya untuk melatih mereka agar dapat hidup berdikari.

“Daripada taklimat yang saya terima pagi ini, inilah yang sedang diusahakan oleh Pusat Agape Sibu,” katanya.

“Ini boleh menjadi kenyataan kerana tanggungja­wab sosial korporat (CSR)

Kumpulan Syarikat KTS kepada komuniti.

“KTS memang telah menetapkan penanda aras yang sangat tinggi untuk badan korporat lain di mana melalui CSR mereka, dapat menyediaka­n kemudahan ini untuk orang berkeperlu­an khas terutama di Sibu,” ujarnya.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, bangunan latihan vokasional itu terletak bersebelah­an Pusat Agape Sibu di Jalan Alan dan telah siap 99 peratus.

“Setelah siap, ia akan memberi latihan kepada orang dewasa dengan keperluan khas, memberi mereka kemahiran untuk menjana pendapatan mereka sendiri dan menyediaka­n pekerjaan kepada mereka,” jelasnya.

Beliau berkata, Pusat Agape Sibu sentiasa menjadi kebanggaan kepada Sarawak kerana ia berperanan sebagai contoh dalam mengumpulk­an sumber bersama bagi menyediaka­n perkhidmat­an untuk kanak-kanak dan orang dewasa berkeperlu­an khas.

“Sangat jarang apabila pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) ditempatka­n di bawah satu bangunan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan orang dewasa berkeperlu­an khas,” ujarnya.

Pusat Agape Sibu telah beroperasi sejak 2006 dan menempatka­n lima organisasi iaitu Persatuan Untuk KanakKanak Istimewa Sibu, Klinik Memorial Kanak-Kanak Lau King Howe, Methodist Care Centre, Persatuan Autistik Sibu dan Olimpik Khas Sarawak Cawangan Sibu.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, projek itu 99 peratus siap dan kini sedang menunggu kelulusan Permit Menduduki (OP) daripada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Beliau berkata, pelaksanaa­n projek itu tertangguh disebabkan pandemik COVID-19.

“Saya dimaklumka­n oleh YB (Fatimah) bahawa ini (pusat latihan) bukan sahaja yang terbaik di Malaysia, malah mungkin yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

“Kami di KTS sangat gembira dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan memenuhi kewajipan CSR,” jelasnya sambil berharap bangunan baharu itu dapat membantu gologan berkeperlu­an khas.

Lau berharap usaha KTS itu dapat menjadi contoh untuk diikuti syarikat atau badan korporat lain.

Sementara itu, projek CSR Kumpulan Syarikat KTS termasuk penubuhan Kolej Laila Taib dan Jambatan Igan dan KTS juga menyumbang kepada projek-projek kecil kepada masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia