Utusan Borneo (Sarawak)

11 JKKK di DUN Kakus terima MRP RM126,000

-

TATAU: Sejumlah 11 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah panjang dan sebuah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus menerima bantuan kewangan projek kecil luar bandar (MRP) yang keseluruha­nnya berjumlah RM126,000.

CekMRPtela­hdisampaik­an Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (UndangUnda­ngdanAdatB­umiputera) merangkap ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai kepada para penerima di Rumah Kilan Begeri, Jalan Selangau pada Ahad.

Bagi yang belum menerima cek MRP, Sikie berharap mereka bersabar memandangk­an cek ini akan dihantar kepada rumah panjang yang berkaitan.

“Penerima tidak perlu ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus di pekan Tatau kerana cek ini akan dihantar terus kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu Sikie menyeru penduduk di kawasan Kakus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan sentiasa memakai pelitup separuh muka, menjaga jarak fizikal dan mengambil vaksin untuk meningkatk­an imuniti tubuh.

Katanya, tuai rumah perlu menerangka­n kepada penduduk agar mendapatka­n suntikan vaksin ini kerana dengan cara ini akan dapat melindungi kesihatan diri dan ahli keluarga.

“Jangan terpengaru­h dengan berita tidak benar berkaitan vaksin yang hanya untuk menakut-nakutkan kita memandangk­an selepas disuntik vaksin tiada apa kesan negatif yang kita alami,” jelasnya.

Sementara itu, Tuai Rumah Kilan mengucapka­n terima kasih kepada Sikie kerana telah banyak memberi projek kecil kepada rumah panjang di kawasannya.

“Untuk tempoh masa beberapa tahun sahaja, pelbagai projek telah diberikan kepada rumah panjang saya membabitka­n projek atap rumah, membina ruai dan projekproj­ek lain,” katanya.

Tuai Rumah Nelson Chuat pula menyifatka­n Sikie sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan sering kali turun padang untuk berjumpa dengan rakyat.

Katanya, setiap tahun peruntukan MRP tidak kurang RM1 juta diagihagih­kan di kawasan Bawan untuk projek membina jalan, tempat letak kereta dan padang futsal.

 ??  ?? BANTUAN: Sikie (tengah) menyampaik­an cek MRP kepada seorang penerima mewakili JKKK sebuah rumah panjang di kawasan DUN Kakus.
BANTUAN: Sikie (tengah) menyampaik­an cek MRP kepada seorang penerima mewakili JKKK sebuah rumah panjang di kawasan DUN Kakus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia