Utusan Borneo (Sarawak)

RM46.167 juta untuk bekalan elektrik 24 jam di kawasan DUN Tamin

-

SIBU: Sejumlah RM46.167 juta telah diperuntuk­kan bagi memperluas liputan bekalan elektrik 24 jam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, apabila selesai kelak kemudahan itu akan memberi manfaat kepada 80 rumah panjang atau 1,429 keluarga.

Gira berkata, kawasan itu meliputi Ulu Balingian/Jalan Sapudun, Sekuau/Ulu Oya/ Ulu Pakoh/Bunau, Tamin/ Batang Oya, Ulu Selangau/ Jalan Dijih/Jalan Mukah dan Jalan Kua/Ulu Mukah.

“Kerja pembinaan telah bermula pada awal tahun 2020 dan dijangka siap tahun ini.

“Bagaimanap­un projek tersebut mengalami kelewatan disebabkan pandemik COVID19 serta pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan di Facebookny­a kelmarin.

Menurut Gira, projek pembekalan elektrik di kawasan Ulu Balingian/Jalan Sapudun

menelan kos sebanyak RM7,082,379.30, diikuti Sekuau/Ulu Oya/Ulu Pakoh/ Bunau (RM12,420,009.50).

Projek pembekalan elektrik di kawasan sekitar Tamin/ Batang Oya pula menelan kos sebanyak RM14,738.502.31, UluSelanga­u/JalanDijih/Jalan Mukah (RM1,473,958.35) dan Jalan Kua/Ulu Mukah (RM10,952, 916.80).

Justeru beliau berharap projek tersebut dapat siap lebih awal demi kepentinga­n penduduk setempat.

Mengenai pengagihan bantuan bekalan makanan di kawasan DUN Tamin, Gira ketika dihubungi semalam memberitah­u, proses tersebut telah selesai.

Ujar beliau, seramai 7,096 ketua isi rumah (KIR) di kawasan DUN Tamin menerima bantuan tersebut.

“Sekiranya masih terdapat KIR tertinggal menerima bantuan, sila berhubung dengan penghulu kawasan masing-masing dan Pejabat Daerah Selangau untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

 ??  ?? GIRA
GIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia